Page 52 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 52

PENGENALAN INOVASI





                   Tajuk Inovasi :       My iGS Kit 2.0




                   Sinopsis Inovasi      :



                   Mengimplementasikan kaedah kepelbagaian kecerdasan murid, inovasi My iGS Kit

                   akan  membantu  menarik  minat  dan  motivasi  murid-murid  di  sekolah  untuk


                   mempelajari  kemahiran  asas  mendarab.  Dalam  menyampaikan  konsep  asas

                   pendaraban, guru seharusnya lebih kreatif dalam usaha untuk mengatasi masalah


                   salah  faham  konsep  yang  kerap  dilakukan  oleh  murid-murid.  Walaupun  murid-

                   murid telah mempelajari konsep darab seawal darjah 2 namun ramai dari kalangan


                   mereka tidak memahami, sukar mengingati sehingga mereka merasakan belajar

                   darab itu sesuatu yang membosankan dan membebankan. Atas dasar ini, inovasi


                   My iGS Kit diperkenalkan kepada murid untuk membantu mereka mengingati dan

                   menguasai konsep asas pendaraban dengan


                   mengimplementasi  pelbagai  kecerdasan  murid  seperti  kecerdasan  linguistik,


                   kecerdasan logik matematik, kecerdasan ruang visual, kecerdasan kinestatik dan


                   kecerdasan interpersonal. Rasional nama My iGS Kit :



                   iGS merupakan singkatan kepada perkataan Inovasi Gelang Sifir dan merupakan

                   gabungan beberapa komponen seperti modul iGS, modul i-GILAP, modul i-Genius,


                   video animasi gelang sifir, bahan maujud manik dan permainan kad sifir i-Game

                   yang di kenali sebagai My iGS Kit.











                                                              52
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57