Page 56 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 56

Dapatan yang diperolehi daripada 9 orang murid diatas saya dapati terdapat pola


                   yang jelas berdasarkan aras kecerdasan murid. Didapati murid dari kelas pandai

                   boleh menjawab semua soalan asas darab iaitu sifir 1 hingga 9 secara bertulis atau


                   lisan. Bagi murid dari kelas serdahana di dapati hanya sebahagian sahaja yang

                   boleh menguasai sifir-sifir mudah seperti sifir 2, 3 dan 5. Manakala murid kelas


                   lemah  tidak  boleh  langsung  menguasai  semua  sifir-sifir  kecuali  seorang  sahaja

                   menguasai sifir 2. Rentetan daripada ujian itu, saya meneruskan pemerhatian dan


                   menguji bacaan sifir terhadap murid-murid lain. Dapatan yang diperolehi adalah

                   lebih kurang sama dan jika ada yang boleh menghafal sekalipun terdapat kesilapan


                   dan  jawapan  yang  diberikan  adalah  salah.  Saya  dapati  kaedah  menghafal  sifir

                   konvensional banyak memberi kelebihan kepada kelompok murid yang pandai dan


                   minat terhadap subjek matematik tetapi tidak menarik minat murid yang serdahana

                   dan gagal bagi murid yang lemah.


                   Berdasarkan  isu  tersebut,  timbul  satu  kesedaran  kepada  saya  bahawa  satu

                   anjakan paradigma diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Kesimpulan kepada


                   analisis masalah memberi gambaran besar kepada saya bahawa isu utama yang

                   perlu diatasi oleh guru ialah permasalahan murid bukan sahaja mampu menghafal


                   sifir  tetapi  turut  memahami  dan  menguasai  konsep  asas  pendaraban  seperti

                   konsep  tambah  berulang  dan  kumpulan  sama  banyak,  menguasai  hukum  kalis


                   tukar tertib ; a x b = b x a, murid boleh menyelesaikan masalah harian rutin dengan

                   menggunakan pelbagai strategi bagi membina dan menyatakan fakta asas darab


                   dan menyelesaikan masalah harian bukan rutin dengan menggunakan objek untuk

                   mewakilkan pengiraan darab dengan kreatif dan kritis. Saya mengambil inisiatif


                   mencipta  satu  alat  inovasi  yang  dapat  digunakan  dan  diimplementasi  terhadap






                                                              56
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61