Page 54 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 54

LATAR BELAKANG INOVASI




                   Pengalaman sebagai guru matematik lebih daripada 15 tahun menyebabkan saya

                   sentiasa  mencari  kaedah  terbaik  untuk  membantu  murid-murid  memahami  dan


                   minat  terhadap  subjek  matematik.  Kemahiran  seperti  menambah,  menolak,

                   mendarab dan membahagi merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh


                   murid sekolah rendah. Namun begitu, pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan

                   penambahan pengetahuan dan mengingati semula maklumat yang dipelajari tetapi


                   merupakan  aktiviti  menguasai  konsep,  memahami  maklumat  pengetahuan  dan

                   seterusnya dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan .



                   Masalah  pendaraban  merupakan  masalah  yang  sering  berlaku  kepada  murid


                   sekolah rendah. Guru lebih fokus kepada aktiviti menghafal sifir cara konvensional

                   mengakibatkan murid tidak minat, terbeban dan semakin sukar memahami konsep


                   asas pendaraban. Alasan yang kerap diberikan oleh murid termasuklah lupa, tak

                   boleh ingat, malas, jemu, terlalu banyak nombor, susah dan membosankan bila


                   belajar darab.



                   Pelbagai cara yang dilakukan oleh guru-guru untuk memastikan murid memahami

                   dan menguasai konsep asas darab termasuklah memberikan


                   ganjaran atau denda apabila tugasan diberikan dalam bentuk latihan dan hafalan.

                   Namun  begitu,  didapati  murid-murid  hanya  belajar,  menghafal  dan  mengikuti


                   arahan  apabila  bersama  guru  sahaja  dan  masa  bersama  guru  selama  3  jam

                   seminggu  tidak  mencukupi  untuk  murid-murid  benar-benar  menguasai  konsep


                   asas darab.








                                                              54
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59