Page 76 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 76
Sebagai alat bantu belajar dan mengajar
Guru berperanan dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran semasa
menyampaikan ilmu. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang
mampu mewujudkan rangsangan yang kemudiannya akan bertindak
memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan agar dapat
menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan
baik terutama dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan
pengajaran, kerana inilah di antara aspek yangmemberi kesan terhadap prestasi para
pelajar. Maka My iGS Kit 2.0 ini merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan
oleh guru untuk memberi penerangan dan kefahaman kepada murid mengenai konsep
pendaraban. Melalui penggunaan Modul Mini Gelang Sifir, Modul iGS, Modul i-GILAP dan
Modul i-GENIUS dalam pengajaran, murid bukan sahaja boleh nampak pola grafik tetapi
dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan
ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan
dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Boleh digunakan serentak di dalam aktiviti pemulihan atau penggayaan My iGS Kit
2.0 ini juga sesuai digunakan untuk kedua-dua aktiviti pemulihan dan pengayaan. Semasa
murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lemah
juga menjalankan aktiviti pemulihan menggunakan bahan yang sama. Ini kerana murid
diberi peluang membina sendiri gelang sifir berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan
kefahaman mereka terhadap konsep pendaraban. Murid yang cerdas akan melaksanakan
aktiviti pengayaan melalui aktiviti yang mampu mengembangkan lagi sifat ingin tahu,
minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam
membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri atau kumpulan. Guru hanya bertindak
76

