Page 78 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 78

berbeza dimana individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi

                   perhatian sewajarnya. Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi peluang


                   kepada  guru  untuk  memilih  kaedah  yang  sesuai  dan  menentukan  sendiri  masa  yang

                   diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Seseorang guru boleh

                   mengamalkan pendekatan konstruktivisme melalui penggunaan My iGS Kit 2.0 dengan

                   mengambil kira beberapa faktor :

                      •   Murid diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain


                      •   Murid diberi peluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep

                      •   Pembelajaran berpusatkan murid

                      •   Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

                      •   Murid digalakkan merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya

                      •   Murid diminta menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dibina

                      •   Murid digalakkan mengemukakan hipotesis

                      •   Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid   Murid banyak

                          berinteraksi dengan murid lain dan guru


                      •   Guru perihatin terhadap keperluan , kebolehan dan minat murid.

                                                SIGNIFIKAN INOVASI


                   Selaras  dengan  hasrat  Malaysia  untuk  mencapai  matlamat  wawasan  2020,

                   Kementerian  Pendidikan  Malaysia  berusaha  mengubahsuai  sistem  pendidikan

                   yang  menuntut  perubahan  dari  segi  budaya  dan  amalan  yang  dipraktikkan  di


                   sekolah rendah dan menengah. Perubahan tersebut adalah dari segi pembelajaran


                   hafalan  dan  latih  tubi  kepada  bentuk  pembelajaran  yang  lebih  merangsangkan

                   pemikiran,  berunsur  kreatif,  memenuhi  keperluan  setiap  pelajar.  Penglibatan

                   pengajaran  dan  pembelajaran  yang  aktif  dengan  mengambil  kira  pelbagai


                   kecerdasan  murid  dapat  menjadikan  suasana  pembelajaran  yang  efektif,








                                                              78
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83