Page 79 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 79

menyeronokkan dan pemahaman konsep untuk sesuatu tajuk jelas dan tidak timbul


                   murid tidak faham.

                   Mohd Hafiz b Hasan (2009) berpendapat penggunaan bahan sedia ada atau bahan


                   maujud merupakan salah satu kaedah / teknik sedia ada yang mungkin kurang

                   disedari  oleh  guru  tentang  keberkesanannya.  Penggunaan  bahan  maujud


                   merupakan salah satu kaedah yang baik untuk menarik minat pelajar kerana bahan

                   maujud ini memang wujud dan jelas serta mempunyai


                   sifat-sifat yang boleh dikenalpasti oleh deria-deria kita iaitu mata, telinga, lidah,

                   hidung dan kulit.


                   Johnson & Johnson (1994) telah menjalankan analisis ke atas 1200 pelajar dengan

                          membandingkan         pencapaian  pelajar          menggunakan


                          strategi

                   pembelajaran melalui aktiviti berkumpulan menggunakan bahan bantu mengajar


                   dan  pembelajaran  tradisional.  Hasil  analisis  jelas  membuktikan  bahawa

                   pengetahuan  seseorang  individu  lebih  tinggi  berbanding  belajar  tanpa


                   menggunakan  bahan  bantu  mengajar.  Kemampuan  pelajar  juga  turut  berubah

                   sama ada dari segi prestasi, minat memberi idea, dan dapat mengingat sesuatu


                   konsep dalam jangka masa yang lama.

                   L.  Dee  Fink  (2008)  dalam  sebuah  tulisannya  berjudul  Active  Learning,


                   pembelajaran aktif terdiri daripada dua komponen utama iaitu unsur pengalaman

                   yang  meliputi  kegiatan  melakukan  (doing)  dan  pengamatan  (observe)  serta


                   meliputi  dialog  dengan  diri  sendiri  (self)  dan  dialog  dengan  orang  lain  (other).

                   Kombinasi keempat-empat elemen diatas dengan tepat dapat memberikan kesan


                   belajar yang lebih bermakna kepada pelajar.






                                                              79
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84