Page 77 - Amalan Terbaik dan Inovasi dalam PdP PPDMT 2021
P. 77
sebagai pemerhati sahaja. Oleh kerana itu guru boleh memberi perhatian atau membantu
murid-murid lemah menjalani aktiviti pemulihan.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran secara Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Guru diingatkan supaya tidak membebankan
kanak-kanak dengan pengetahuan yang tidak berkembang. Apa yang sepatutnya
dilakukan oleh guru ialah amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus kepada usaha
membolehkan kanak-kanak atau murid berfikir dalam persekitaran kehidupan dan
mengelakkan daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas ) yang
tidak mampu digunakan bagi menyelesaikan masalah harian. Kajian tentang 'inert ideas'
mendapati kebanyakan pengetahuan yang diajar di sekolah adalah terasing daripada cara
kanak-kanak berfikir. Ramai yang berpandangan pengetahuan dipindahkan dari
seseorang kepada seseorang yang lain. Pengetahuan tersebut hanya cukup untuk
menjawab soalan daripada guru ataupun untuk menjawap soalan-soalan peperiksaan
sahaja tetapi ianya tidak menunjukkan pengetahuan individu secara keseluruhan.
Pengajaran yang lazim diamalkan oleh kebanyakan guru masa kini masih lagi berasaskan
kepada amalan yang sama iaitu menyuap murid-murid dengan pengetahuan bagi
membolehkan pelajar menjawab dengan betul dalam peperiksaan tetapi tidak mampu
menyelesaikan masalah yang melibatkan pengaplikasian
pengetahuan tersebut.
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan
guru dan pelajar untuk berperanan secara saling bersandar di antara satu sama lain. Ahli
konstruktivisme berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru
seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang
77

