Page 39 - DSKP KSSR BAHASA MELAYU SK Tahun 6
P. 39
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 6
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :
i. menulis teks prosa dan puisi secara mekanis dengan betul dan kemas;
ii. menulis teks prosa dan puisi secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas;
iii. membina dan menulis jawapan pemahaman secara kritis dan kreatif dengan betul;;
iv. membina kerangka dan menulis pelbagai jenis karangan dengan betul;
v. menulis perkataan, frasa dan teks prosa yang mengandungi pelbagai kata majmuk dengan ejaan dan tanda baca yang tepat secara
imlak;
vi. mencatat maklumat dengan betul daripada pelbagai sumber dalam bentuk grafik;
vii. menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul menggunakan idea utama dan idea sampingan secara kohesi dan koheren dalam
bentuk karangan berformat dengan bahasa yang santun;
viii. menghasilkan penulisan kreatif jenis imaginatif dan deskriptif menggunakan bahasa yang menarik dengan betul;
ix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek sistem bahasa dengan betul; dan
x. menulis ulasan tentang bahan sastera dan bukan sastera yang didengar, ditonton dan dibaca dengan jelas menggunakan ayat yang
gramatis.
37

