Page 124 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 124
DASAR PENGURUSAN KELAS SESTER
1. PENYELARAS TINGKATAN
Penyelaras Tingkatan adalah dianggap sebagai wakil, penyelaras dan penasihat
guru-guru kelas di tingkatan tertentu. Segala perkara yang berkaitan dengan
tingkatan secara keseluruhan adalah diuruskan oleh Penyelaras Tingkatan
dengan bantuan guru-guru kelas.
1.1 Hubungan dengan guru kelas
1.1.1 Mengadakan hubungan yang erat dengan guru-guru kelas.
1.1.2 Mesyuarat bulanan hendaklah diadakan supaya segala perkara
yang berkaitan dengan tingkatan dapat dibincang dan diselesaikan.
1.2 Penyelarasan perkara-perkara yang secara keseluruhan berkaitan dengan
tingkatan serta memastikan guru-guru kelas melaksanakan perkara-perkara
berikut dengan sempurna :
1.2.1 Pentadbiran dan pendaftaran
1.2.2 Kewangan dan perkeranian
1.2.3 Penyeliaan kelas
1.2.4 Pengurusan peperiksaan dan laporan adab belajar
1.3 Tugas-tugas lain
1.3.1 Pendaftaran murid baharu ke dalam buku Pendaftaran Masuk
Sekolah
1.3.2 Menyemak Jadual Kedatangan Murid pada tiap-tiap bulan setelah
ditutup oleh Guru Kelas
1.3.3 Menyelaras dan merancang program kecemerlangan dengan
kerjasama JK Kecemerlangan
1.3.4 Merancang aktiviti selepas selesai Peperiksaan Akhir Tahun.
Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baharu dan
membantu Guru Tingkatan untuk mengagihkan kemasukan pelajar.
1.3.5 Bertanggungjawab membuat pengagihan murid dalam tingkatan di
bawah jagaannya. Persetujuan Penolong Kanan perlu diminta
terlebih dahulu.
1.3.6 Menguruskan pendaftaran pelajar-pelajar baharu ke dalam kelas
dan merekodkan pendaftaran murid ke dalam buku pendaftaran.
1.3.7 Memastikan Guru Tingkatan memberi bilangan, nombor
pendaftaran dan memasukkan butir-butir pelajar dalam Buku
Pendaftaran.
1.3.8 Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baharu
disimpan di dalam daftar masuk (mengikut tingkatan) dengan
kemas dan teratur.
1.3.9 Membantu Guru Tingkatan menguruskan Buku Pendaftaran
Pelajar. Buku ini mesti disimpan di pejabat.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
122

