Page 127 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 127
2.1.22.1 Semua butiran dalam bulan Januari hingga Disember
telah dilengkapkan.
2.1.22.2 Semua ruang dalam Analisa Kedatangan Setahun
lengkap dan ditandatangani.
2.1.22.3 Menyerahkan Buku Jadual Kedatangan Murid ke
pejabat pada akhir persekolahan.
2.1.23 Menghubungi ibu bapa/penjaga murid (melalui PK HEM) sekiranya
murid tidak hadir tiga hari berturut-turut tanpa sebab.
(sila rujuk buku jadual kedatangan murid)
2.2 Kehadiran
2.2.1 Jika mana-mana murid tidak hadir lebih dari 3 hari, guru kelas
hendaklah menghubungi ibu bapa / penjaga melalui pengetua
berdasarkan jadual berikut :
Hari Tidak Hadir (P) Hari Tidak Hadir (P)
Surat
Berturut-turut Bukan Berturut-turut
Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke -10
Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran 10 hari lagi selepas
Pertama ( Hari ke-11) Amaran Pertama ( Hari ke-20)
Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran
(Hari ke-18) Kedua (Hari ke-40)
*Surat Tunjuk Sebab Setelah cukup 30 hari Setelah cukup 60 hari
(Surat Berdaftar)
Jumlah Hari Tidak 30 hari (Buang Sekolah ) 60 hari (Buang Sekolah )
Hadir
2.2.2 Surat-surat berkenaan hendaklah diisi dalam 3 salinan – untuk
waris murid, fail sekolah dan fail buku JKM.
2.2.3 Surat-surat berkenaan hendaklah diisi dalam 3 salinan – untuk
waris murid, fail sekolah dan fail buku JKM.
2.2.4 Meminta murid membawa surat dari doktor sekiranya tidak hadir ke
sekolah atau surat dari ibu bapa / penjaga untuk kes-kes
kecemasan sahaja. Semua surat menyurat tidak hadir mesti
disimpan bersama buku JKM.
2.2.5 Guru tingkatan diminta menelefon ibu bapa / waris sekiranya masih
tidak mendapat respon selepas surat-surat dihantar.
2.2.6 Keperluan Fizikal Kelas dan Keselamatan dalam Kelas.
2.2.7 Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot dan melaporkan
mengenai kerosakan dengan segera kepada pihak sekolah / JK
bangunan, Perabot dan Penyelenggaraan supaya tindakan dapat
diambil.
2.2.8 Mempastikan kelas sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, cantik
serta selamat.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
125

