Page 126 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 126

2.1.5   Segala butiran di dalam Jadual Kedatangan hendaklah menyamai
                                  dengan apa yang dimasukkan di dalam BUKU DAFTAR MURID.
                           2.1.6   Padam  memadam  dan  tampal-menampal  tidak  dibenarkan  sama
                                  sekali dalam apa teknik sekali pun.
                           2.1.7   Buku ini tidak boleh dibawa balik ke rumah. Jika tidak digunakan,
                                  buku ini hendaklah disimpan di pejabat sekolah.
                           2.1.8   Kedatangan  murid  dan  segala  butiran  hendaklah  ditulis  dengan
                                  dakwat  hitam  atau  biru  dan  tidak  dengan  pensel.  Buku  JKM
                                  hendaklah diletakkan di pejabat sekolah sepanjang masa.
                           2.1.9   Guru  Tingkatan  perlu mendapat  bukti  tentang  sebab  pelajar  tidak
                                  hadir ke sekolah. Misalnya, sijil sakit dari doktor atau surat dari ibu
                                  bapa/penjaga yang sah.
                           2.1.10  Guru  Tingkatan  dikehendaki  menghantar  surat  kepada  ibu  bapa
                                  atau  penjaga  jika  didapati  seseorang  pelajar  itu  tidak  hadir  lebih
                                  daripada 3 hari berturut-turut tanpa  sebab atau 10 hari pada bila-
                                  bila masa. Dalam kes ini guru-guru Tingkatan diminta menghubungi
                                  ibu  bapa/  penjaga  melalui  telefon  jika  pelajar-pelajar  kerap  tidak
                                  hadir                 ke sekolah.
                           2.1.11  Daftar kedatangan hendaklah diambil sebelum guru-guru tingkatan
                                  masuk ke kelas
                           2.1.12  pada waktu pertama dan dihantar semula ke pejabat sebelum atau
                                  pada waktu kedua setiap hari persekolahan.
                           2.1.13  Semua surat, sijil sakit dan edaran lain hendaklah disimpan rapi di
                                  dalam  fail  guru.  Guru-guru  tingkatan  tidak  boleh  menyimpan  di
                                  dalam Buku Daftar Kedatangan.
                           2.1.14  Cara mengisi kehadiran pelajar.
                                 2.1.14.1   Pelajar hadir                    : tandakan /
                                 2.1.14.2   Pelajar Sakit atau ada Surat       : tandakan S
                                 2.1.14.3   Pelajar tidak hadir tanpa kenyataan: tandakan 0
                                 2.1.14.4   Pelajar lewat : tandakan L dan bulatkan
                                2.1.14.5    Pelajar digantung persekolahannya : tandakan G dan
                                            bulatkan
                                 2.1.14.5.1  Pelajar dibuang sekolah  : gariskan dan tulis DIBUANG
                                            dan dicatatkan maklumatnya dibelakang
                                 2.1.14.5.2  Pelajar berhenti / pindah : gariskan dan tulis BERHENTI
                                            atau PINDAH dan catatkan  maklumatnya di belakang.
                           2.1.15  Menutup Jadual Kadatangan Murid pada akhir bulan setiap bulan.
                           2.1.16  Melengkapkan Buku Pendaftaran Sekolah dan data SPS (APDM)
                           2.1.17  Penyelaras  tingkatan  akan  mengambil  alih  tugas  guru  tingkatan
                                  apabila kedua-dua guru tingkatan tiada di sekolah.
                           2.1.18  Segala pembetulan yang dibuat hendaklah dengan cara memotong
                                  kesilapan dan ditulis di sampingnya serta ditandatangani ringkas.
                           2.1.19  Pada akhir setiap bulan, guru tingkatan bertanggungjawab mengisi
                                  semua maklumat pada ruang yang disediakan.
                           2.1.20  Penyelaras  tingkatan  bertanggungjawab  menyemak  buku  JKM
                                  pada  akhir  setiap  bulan.  Borang  semakan  hendaklah  diserahkan
                                  kepada PK HEM.
                           2.1.21  Tuliskan  analisa setiap  bulan  jumlah murid  lelaki  dan  perempuan
                                  serta juga   jumlah  murid  yang  mengambil  setiap  mata  pelajaran
                                  elektif di bawah senarai nama murid setiap bulan berkenaan.
                           2.1.22  Pada akhir sesi persekolahan, pastikan:

        ________________________________________________________________________________________
                                                                        Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                             124
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131