Page 139 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 139

DASAR KOKURIKULUM SESTER



                   1.  PENDAHULUAN

                       Dasar  kokurikulum  dirangka  untuk  menjadi  panduan  kepada  semua  guru  dan
                       murid tentang kepentingan penglibatan mereka dalam mana-mana aktiviti yang
                       dianjurkan oleh sekolah. Ia bukanlah merupakan perkara baru, bahkan telah dan
                       sentiasa  digunakan  dalam  menguruskan  aktiviti,  cuma  perlu  didokumen  dan
                       diperjelaskan  agar  setiap  individu  tidak  terpesong  daripada matlamat  sebenar
                       kokurikulum diperkenalkan di sekolah. Diharapkan dengan dasar yang dibentuk
                       ini,  dapat  melahirkan  generasi  yang  seimbang,  sihat,  cerdas,  berdaya  tahan,
                       berdaya saing, berakhlak dan berketrampilan apabila potensi mereka dicungkil,
                       dipupuk dan diperkembangkan minat serta bakat yang ada tanpa mengabaikan
                       aspek akademik, kerana kokurikulum dan akademik adalah saling berkait rapat
                       dan saling memerlukan.


                   2.  OBJEKTIF

                       2.1  Menjadikan kokurikulum sebagai penyokong kepada pembelajaran, dengan
                          membina  keyakinan  diri  yang  membolehkan  hubungan  dua  hala,  antara
                          alam persekolahan dan alam masyarakat luar.
                       2.2  Memberi  peluang  yang  luas  kepada  penglibatan  murid,  agar  mereka
                          memperoleh  pengetahuan  tentang  fungsi  dan  peranan  gerak  kerja  yang
                          dilakukan.
                       2.3  Menggalakkan    penyertaan    aktif   untuk    membentuk     sikap
                          kebertanggungjawaban  dan  memilik  perasaan  bangga  atas  kejayaan  diri,
                          rakan dan sekolah.
                       2.4  Dapat membina imej sekolah sebagai sekolah berwatak melalui pencapaian
                          kokurikulum yang cemerlang.


                   3.  DASAR KOKURIKULUM SEKOLAH

                       3.1  Dasar Umum :

                          3.1.1   Semua  murid  wajib  menyertai  aktiviti  kokurikulum  dengan
                                 melibatkan diri dalam 3 komponen  dengan memilih :-
                                  i.  Satu Unit Beruniform
                                  ii.  Satu Kelab dan Persatuan
                                 iii.  Satu Kelab Permainan 1M1S

        ________________________________________________________________________________________
                                                                        Buku Pengurusan SESTER 2020
                                                                                             137
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144