Page 141 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 141
3.2 Dasar Sukan & Permainan
3.2.1 Semua murid perlu mematuhi dasar 1 murid 1 sukan sekali gus
untuk memenuhi tuntutan KPI yang ditetapkan.
3.2.2 Latihan sukan hanya boleh dilaksanakan pada waktu petang sahaja
dan tidak mengganggu PdP.
3.2.3 Murid yang dikenal pasti menghidapi penyakit yang menghalang
penglibatan secara fizikal haruslah dilibatkan dari sudut
mengendalikan sesuatu sukan seperti menjadi pembantu guru atau
pengurus peserta.
3.2.4 Pemakaian murid adalah mematuhi etika berpakaian semasa
bersukan berdasarkan kepada peraturan sekolah dan KPM.
1.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM
Pengerusi Pengetua
Timbalan Pengerusi Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha Cikgu Wan Manisah Binti Wan Ngah
Semua GKMP
AJK
Semua Ketua Penasihat Badan Beruniform
Semua Ketua Penasihat Kelab dan Persatuan
Semua Ketua Penasihat Sukan dan Permainan
Setiausaha Sukan
1.1 SENARAI TUGAS
1.1.1 Menetapkan garis panduan dan rancangan Pelan Tindakan, Pelan
Taktikal dan Pelan Operasi Bidang Kokurikulum
1.1.2 Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar kokurikulum di peringkat
sekolah.
1.1.3 Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja
kokurikulum.
1.1.4 Memastikan bahawa semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan
berterusan, lancar dan berkesan.
1.1.5 Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam pelaksanaan
kokurikulum.
1.1.6 Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan
kokurikulum.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
139

