Page 140 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 140
3.1.2 Aktiviti kokurikulum adalah wajib kerana merupakan sebahagian
daripada dasar pendidikan negara (seksyen 18, Akta Pendidikan
1996).
3.1.3 Semua aktiviti perlu mematuhi bilangan perjumpaan yang telah
ditetapkan (180 minit) iaitu sekurang-kurangnya :-
i. Unit Beruniform : 12 kali perjumpaan
ii. Kelab / Persatuan : 12 kali perjumpaan
iii. Sukan / Permainan : 12 kali perjumpaan
3.1.4 Aktiviti bermula selepas persekolahan setiap hari Selasa selama 3
jam. Semua guru wajib terlibat. Kegagalan mematuhinya boleh
diambil tindakan tatatertib (Seksyen 135, Akta Pendidikan 1996).
3.1.5 Penglibatan, pencapaian, jawatan dan kehadiran murid hendaklah
direkodkan ke dalam buku penilaian kokurikulum dan penilaian
diberikan dengan memasukkan ke dalam fail peribadi murid atau ke
dalam sistem yang digunakan oleh sekolah.
3.1.6 Setiap aktiviti murid perlu mendapat kelulusan pengetua beserta
dengan surat kebenaran penjaga untuk menyertai aktiviti di luar
sekolah.
3.1.7 Aspek keselamatan dan kebajikan murid hendaklah sentiasa
ditekankan dan menjadi keutamaan para guru.
3.1.8 Sebarang aktiviti kokurikulum hendaklah sentiasa mematuhi aspek
melindungi masa instruksional (MMI).
3.1.9 Pemakaian ketika menjalani aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan
kepada peraturan sekolah yang telah dikuatkuasakan.
3.1.10 Mesyuarat kokurikulum sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
3.1.11 Penyertaan murid yang mewakili sekolah hendaklah dibawa kepada
pengetua untuk motivasi dan kata-kata semangat.
3.1.12 Peluang keterlibatan murid dalam menyertai kegiatan kokurikulum
akan diberikan dalam pelbagai peringkat dan menggalakkan untuk
murid mencipta kejayaan peringkat tertinggi.
3.1.13 Penghargaan akan diberikan kepada murid yang aktif dan banyak
memberi sumbangan / mengharumkan nama sekolah, sebagai
insentif juga sebagai sumber inspirasi kepada murid lain.
3.1.14 Pungutan wang perlu mendapat persetujuan mesyuarat dan
kelulusan Pengetua.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
138

