Page 142 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SEKOLAH TAHUN 2009
P. 142
1.1.7 Mengawal segala urusan kewangan kokurikulum bagi wang yang dikutip
daripada murid
1.1.8 Mengesahkan penilaian ke atas penglibatan dan pencapaian murid-
murid dalam penyertaan sesuatu bidang kokurikulum.
1.1.9 Mengawal pembekalan, pemyimpanan dan penggunaan peralatan
kokurikulum dengan penyelaras-penyelaras kokurikulum.
1.1.10 Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum daripada penyelaras unit
(akhir tahun).
1.1.11 Memutuskan pengurniaan yang akan diberikan kepada murid-murid
yang mencapai taraf kecemerlangan dalam kokurikulum.
1.1.12 Mengatur dan mengagihkan tugas guru kokurikulum berdasarkan bakat
dan minat.
1.1.13 Merancang aktiviti kokurikulum sekolah
1.1.14 Menentukan peraturan kokurikulum sekolah serta menentukan takwim
dan jadual Aktiviti
1.1.15 Memastikan penglibatan murid secara menyeluruh.
1.1.16 Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum
peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
1.1.17 Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum
1.1.18 Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
1.1.19 Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan
kewangan yang akan digunakan.
1.1.20 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang
telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
1.2 TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM
1.2.1 Merancang dan meyusun semua gerakerja kokurikulum di sekolah.
1.2.2 Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan semua program
kokurikulum sekolah.
1.2.3 Menentukan bahawa semua aktiviti kokurikulum berjalan dengan
berkesan dan berterusan sepanjang tahun.
1.2.4 Berhubung dengan pihak-pihak luar dalam hal-hal kokurikulum.
1.2.5 Mendapatkan laporan mengenai kegiatan setiap bidang kokurikulum
untuk diserahkan kepada PK Kokurikulum dan Pengetua Sekolah.
1.2.6 Menyediakan minit mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kokurikulum
Sekolah.
1.2.7 Mengumpul maklumat dan menyimpan fail-fail kokurikulum.
1.2.8 Merancang kursus pendek kepada AJK Tertinggi semua Persatuan
/Kelab mengenai cara-cara menggerakkan dan memajukan Persatuan
/Kelab.
________________________________________________________________________________________
Buku Pengurusan SESTER 2020
140

