Page 166 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 166

PENDIDIKAN


                 UNIT              KESIHATAN

                                   REPRODUKTIF

                    1 DAN SOSIAL

                                   (PEERS)



                                   KESIHATAN DIRI
                                   DAN REPRODUKTIF




             STANDARD

           PEMBELAJARAN                    Menyatakan maksud abstinen.
                                           Menjelaskan kepentingan abstinen dalam pencegahan

                                         tingkah laku seksual sebelum nikah.
                     Mengaplikasikan kemahiran abstinen dalam pencegahan tingkah laku seksual

                     sebelum nikah.
                    Mengenal pasti cabaran mengamalkan abstinen dalam pencegahan tingkah laku
                     seksual sebelum nikah.
                    Mengenal pasti situasi yang mendorong kepada hubungan seks sebelum nikah.
                     Menilai kesan seks sebelum nikah terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
                     Menjana idea cara untuk menangani hubungan seks sebelum nikah.




                                                                                                                                                                                          Bersukan
                Pengenalan


                     aluri tertarik kepada berlainan jantina merupakan lumrah dalam norma perkembangan
                     kehidupan remaja. Perubahan penampilan kepada lebih bergaya dan menarik membuatkan
               Nremaja sering tertarik antara satu sama lain. Tingkah laku seksual remaja bermula pada umur
               yang berbeza berdasarkan nilai-nilai budaya dan sosial mereka. Pergaulan bebas berlandaskan
               nafsu boleh menjerumus individu kepada seks bebas. Remaja yang berisiko terhadap gejala ini
               kebiasaannya mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa dan kurang minat terhadap
               pelajaran. Kemahiran menolak dan menghindar diri daripada terjerumus dalam perlakuan seks
               sebelum nikah perlu dipraktikkan oleh golongan remaja. Abstinen dalam pencegahan tingkah
               laku seksual sebelum nikah perlu untuk menangani masalah hubungan seksual sebelum nikah
               kerana kesannya sangat mendalam terhadap diri, keluarga dan masyarakat.


                                                                                                                                                                                    Mendapatkan maklumat melalui
                                                                                                                                            Gotong-royong                                  media sosial

               156                                                                                                                                                                                           157
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171