Page 179 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 179

Jerat Dadah dan Situasi Berisiko yang

 Membawa kepada Jerat Dadah          Situasi 2: Proses temu duga menerusi panggilan telefon


                                     Penemu duga             :  Selamat pagi. Boleh saya bercakap dengan
                                                               Encik Daniel?
 Apakah
 maksud   Jerat dadah ialah keadaan individu yang dipengaruhi atau   Sasaran sebagai mangsa  :  Selamat pagi. Saya yang bercakap.
 jerat   diperdaya oleh individu lain bagi menagih dadah atau dijadikan
 dadah?                              Penemu duga             :  Encik ada mohon pekerjaan dengan
 sebagai keldai dadah. Keldai dadah bermaksud mereka yang      Syarikat ABC Sdn. Bhd., kan?
 ditipu, dipaksa atau diperdaya bagi tujuan menjual dadah di
 dalam atau di luar negara tanpa mengetahui bahawa mereka   Sasaran sebagai mangsa  :  Ya, betul. Saya telah menghantar resume
 membawa dadah atau menjadi ejen pengedaran dadah.             melalui e-mel.
    Baiklah. Hari ini, kita akan berbincang tentang situasi berisiko   Penemu duga   :  Kami berminat untuk menawarkan pekerjaan
 yang membawa kepada jerat dadah. Bentukkan kumpulan kecil     kepada encik. Tugasnya mudah sahaja.
 berempat dan lakonkan simulasi situasi yang diberikan.        Encik cuma perlu membawa bungkusan
                                                               ke luar negara. Destinasinya kami akan
 Situasi 1: Individu yang mencurigakan meminta bantuan untuk   tetapkan. Di sana, ada wakil yang akan
 menjaga beg atau memegang barangan miliknya.                  menunggu encik untuk mengambil
                                                               bungkusan tersebut.
 Individu mencurigakan  :  Maaf, cik. Saya mahu ke tandas sebentar.
 Boleh cik tolong pegangkan beg saya?   Sasaran sebagai mangsa  :  Terima kasih atas tawaran tersebut tetapi
 Sekejap sahaja. Selepas selesai, saya akan                    saya tidak berminat.
 ambil semula.                                                                                            Pendidikan Kesihatan
                                     Penemu duga             :  Tapi encik, kami akan menawarkan gaji
 Sasaran sebagai mangsa  :  Minta maaf, encik. Tidak boleh. Saya ada
 hal yang perlu disegerakan.                                   yang lumayan. Kita boleh bincangkan
                                                               nilainya.
 Pendidikan Kesihatan
 Individu mencurigakan  :  Saya akan bagi bayaran kepada cik. Tanda
 ucapan terima kasih kerana sudi untuk   Sasaran sebagai mangsa  :  Terima kasih kerana menghubungi saya.
 bantu saya.                                                   Maaf, saya tidak berminat kerana banyak
                                                               kemusykilan tentang tawaran ini.
 Sasaran sebagai mangsa  :  Terima kasih atas niat baik encik. Saya
 cadangkan encik letak sahaja di tempat   Panggilan segera diputuskan.
 penyimpanan beg. Lebih selamat di situ.

 Nota penting:  Nota penting:
 1.  Sekiranya terdapat unsur paksaan, maklumkan   1.  Sekiranya temu duga dijalankan secara bersemuka,
 kepada anggota keselamatan seperti polis dan   Tahukah  segera tinggalkan tempat tersebut kerana dikhuatiri
 pengawal keselamatan.  ANDA  berlakunya paksaan atau kekerasan.
 2.  Tidak meninggalkan barangan peribadi di tempat   2.  Elakkan daripada mendedahkan maklumat peribadi   Info
 awam untuk mengelakkan risiko jerat dadah.  Pihak polis dan kastam merupakan dua   seperti nombor kad pengenalan dan alamat tempat   TAMBAHAN
 badan yang sentiasa menjalankan aktiviti   tinggal sekiranya terdapat kemusykilan tentang   Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998)
 3.  Berwaspada dengan makanan dan minuman   pencegahan dadah. Pihak polis dan kastam   ialah akta berhubung dengan bidang kuasa
 yang diberikan oleh individu lain kerana dikhuatiri   sentiasa bekerjasama untuk mengawasi   individu yang membuat panggilan.  mahkamah untuk mengawal pengimportan,
 mengandungi bahan terlarang.  perairan negara supaya tidak dicerobohi   3.  Berwaspada dengan tawaran gaji yang lumayan,   pengeksportan, pengilangan, penjualan
 oleh penyeludup-penyeludup dadah
                                                                   dan penggunaan candu dan beberapa
 4.  Tidak mudah mempercayai janji atau tawaran yang   selain mengawal pintu masuk ke Malaysia   lebih-lebih lagi jika tidak setimpal dengan pekerjaan   dadah berbahaya yang tertentu.
 disertakan pulangan lumayan sebagai ganjaran.  daripada aktiviti penyeludupan dadah.  atau tugasan yang perlu dilaksanakan.  Sumber: Soon (2014)


 168  SP:   2.1.1, 2.1.2                                                                      169
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184