Page 180 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 180

Implikasi Jerat Dadah kepada Diri, Keluarga                                                                  Cara Mengelak Jerat Dadah

              dan Masyarakat                                                                                               Jerat dadah memberikan implikasi yang negatif terhadap mangsa. Usaha yang progresif dan


              Murid-murid membaca paparan cerita atas talian dan menghuraikan implikasi jerat dadah kepada                 padu perlu dilakukan untuk menanganinya. Kerjasama daripada semua agensi sama ada kerajaan
              diri, keluarga dan masyarakat semasa aktiviti PdP di dalam kelas.                                            mahupun badan bukan kerajaan perlulah diselaraskan bagi menangani isu berat ini. Sebagai
                                                                                                                           individu, kita perlulah berusaha untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jerat dadah.
                                                                                                                               Rata-rata golongan yang terjerat ialah mereka yang tanpa sedar telah merelakan diri untuk
                                                                                                                           membawa dadah tersebut. Oleh itu, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keldai
                                                                                                                           dadah, kita perlulah mempunyai kemahiran untuk menangani situasi berisiko tersebut.

                                                                                                                               Bincangkan secara kreatif dan kritis cara untuk mengelakkan diri daripada terpedaya dengan
                 arim seorang pemuda berasal dari kampung dan menjalani kehidupan harian yang agak sukar                   jerat dadah.
             Kkerana tiada pekerjaan. Suatu hari, dia didatangi seseorang yang menawarkan pekerjaan
              mudah. Upah yang ditawarkan amat lumayan dengan hanya membawa satu bungkusan ke
              Jakarta dan berlepas balik sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di sana.
                  Apabila tiba di lapangan terbang, pemuda itu ditahan untuk pemeriksaan barangan yang
              dibawa. Pihak imigresen berasa curiga kerana tiket pemuda itu untuk berlepas pulang ke Malaysia
              hanya berbeza setengah jam sahaja dengan waktu ketibaannya. Setelah diperiksa, rupa-rupanya
              bungkusan yang dibawa mengandungi syabu. Dadah itu membawanya ke tirai besi dengan
              hukuman penjara selama 12 tahun.                                                                                   01                                          02
                  Kisah sedihnya sampai ke pengetahuan ibu dan ayahnya yang tidak dapat tidur malam
              sehingga dipanjangkan ke satu badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk dirundingkan                             Berhati-hati dengan tawaran kerja            Jangan membawa barang yang
              dengan pihak berkuasa di sana. Sekurang-kurangnya, biarlah dia dibenarkan untuk menjalani                        bergaji lumayan di luar negara.              dikirim oleh orang lain.                    Pendidikan Kesihatan
              hukuman di penjara negara ini. Tetapi agak payah.
                                                                                                                                Siasat atau buat kajian terlebih             Kebanyakan mangsa jerat dadah
                  Kisah malang pemuda itu harus diambil iktibar oleh anak muda negara ini.                                      dahulu tentang kerja yang dipohon            membawa barangan seperti beg

                                                                                                                                atau ditawarkan. Sekiranya terdapat          yang dikirim oleh orang lain. Mereka
       Pendidikan Kesihatan
                                                                                                                                kemusykilan, elakkan daripada menerima       diminta untuk menyerahkan barang
              KESAN KEPADA DIRI                            KESAN KEPADA KELUARGA                                                pekerjaan tersebut lebih-lebih lagi          tersebut kepada pihak lain yang akan
               •  Kesihatan terjejas                        •  Menjejaskan keharmonian keluarga                                 yang ditawarkan secara atas talian           menunggu di lapangan terbang.
               •  Mental, status kewangan, prestasi kerjaya   •  Tanggungjawab terhadap keluarga terabai                        atau menerusi panggilan telefon tanpa
                                                                                                                                berjumpa dengan majikan.
                  dan pelajaran merosot                     •  Ahli keluarga hidup dalam ketakutan
               •  Hidup dalam khayalan                      •  Mendatangkan stres kepada ahli keluarga
               •  Melakukan jenayah                         •  Mencemarkan nama baik keluarga di                                                                               Tahukah
                                                                                                                                                                              ANDA
                                                              mata masyarakat

                                                                                                                                                                              Sebahagian besar dadah dibawa masuk ke
              KESAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA                                                                                                                              Malaysia dari Thailand, Myanmar dan Laos.
                                                                                                                               Info                                           Bagi memastikan bahan berbahaya ini tidak
               •  Kehilangan tenaga kerja yang afektif dan bermotivasi                                                          TAMBAHAN                                      dibawa masuk ke Malaysia, semua pintu
               •  Masyarakat akan bimbang berlakunya jenayah                                                                 Syabu atau nama lainnya Methaphetamine sangat terkenal   masuk ke negara ini sama ada dari darat, laut
                                                                                                                                                                              mahupun udara dikawal ketat. Pelbagai langkah
               •  Bilangan pesakit mental bertambah                                                                          dalam kalangan sebilangan remaja. Pada tahun 1990-an,   dijalankan bagi menyekat kemasukan dadah
               •  Penularan penyakit HIV dan AIDS                                                                            dadah jenis ini cuma digunakan oleh remaja daripada   seperti pemeriksaan di pusat kargo, melakukan
                                                                                                                             golongan kaya. Lazimnya, orang menggelar syabu sebagai
                                                                                                                                                                              ujian air kencing secara rawak di pintu masuk
               •  Ekonomi negara terjejas                                                                                    ice kerana bentuknya seperti kristal ais.        dan penggunaan anjing pengesan.



               170        SP :   2.1.3, 2.1.4                                                                                                                                                                171
                          SP:
                                2.1.4
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185