Page 184 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 184
PENGURUSAN MENTAL
DAN EMOSI Kenapa semua Apa salah aku?
ini berlaku
terhadap aku?
STANDARD
PEMBELAJARAN
Menerangkan maksud kemurungan.
Mengenal pasti tanda kemurungan.
Menjelaskan contoh punca kemurungan.
Menjana idea mengurus kesihatan mental dan emosi untuk
mengelak kemurungan. Sampai bila aku
perlu tanggung
semua beban ini?
Pengenalan
Dengan siapa
emurungan atau “major depressive disorder" dari segi saintifik merupakan aku perlu luahkan
salah satu penyakit mental yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat masalah aku ini?
Kdan memberi kesan negatif kepada seseorang termasuk murid sekolah.
Kemurungan boleh mempengaruhi emosi, sikap dan cara berfikir seseorang. Hal ini
akan menjejaskan kehidupan harian yang normal dari segi perasaan, tingkah laku,
pemikiran serta menyebabkan individu berasa sedih dan hilang minat terhadap
aktiviti yang disukai.
Meluahkan masalah kepada Bercakap dengan individu yang
guru bimbingan kaunseling boleh dipercayai
174 175

