Page 196 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 196

Kesan Kekurangan Kemahiran Keibubapaan

              Terhadap Ahli Keluarga                                                                                         Kavita      Boleh saya berikan pendapat? Terdapat beberapa kesan apabila kekurangan
                                                                                                                                         kemahiran keibubapaan. Antaranya merendahkan keyakinan diri anak-anak.
                                                                                                                                         Anak-anak yang sentiasa dimarahi, dileteri, ditengking dan dirotan akan berasa
              Ahli Persatuan Bahasa Melayu SMK Padang Saujana akan menyertai pertandingan forum peringkat                                rendah diri. Mereka tidak yakin pada diri sendiri serta sentiasa dalam keadaan
              daerah bertemakan kemahiran keibubapaan. Persiapan perlu dilakukan dengan bimbingan guru                                   bersalah dan ketakutan. Kadangkala kita boleh lihat di sekolah, remaja yang
              untuk membincangkan isi-isi penting berkaitan forum tersebut.                                                              mengalami masalah ini sentiasa menjauhkan diri, kurang bersosial dan tidak
                                                                                                                                         berani ke hadapan kerana tidak yakin dengan kebolehan serta kemampuan
                                      Merendahkan harga diri          Anak-anak gagal mempunyai
                                            anak-anak                        sikap asertif                                               diri sendiri.
                                      Anak kerap memprotes           Menjarakkan hubungan antara                             Guru        Bagus, Kavita. Kita lihat carta berikut. Berdasarkan carta ini, boleh Mei Lin terangkan
                   KESAN                 secara melampau               anak-anak dengan ibu bapa                                         kesan lain kekurangan kemahiran keibubapaan?
               KEKURANGAN         Anak-anak lebih kerap meluahkan
                KEMAHIRAN             perasaan di media sosial          Anak-anak menjadi kurang
               KEIBUBAPAAN                                               bertanggungjawab dan                                            Antara kesan lain ialah anak-anak gagal mempunyai sikap asertif. Pada pandangan
                                   Perhubungan antara ibu bapa              kurang matang                                    Mei Lin     saya, kekurangan sikap asertif juga dikaitkan dengan kekurangan komunikasi
                                 dengan anak-anak menjadi kurang                                                                         yang berkesan dalam keluarga. Kurangnya bimbingan terhadap anak-anak
                                             mesra                 Sering berlaku pertengkaran antara
                                                                       adik-beradik dan ibu bapa                                         menyebabkan mereka tidak mempunyai keyakinan diri, rasa rendah diri dan
                                                                                                                                         tidak bertanggungjawab.

                                                                                                                              Guru       Bagus, Mei Lin. Bagaimanakah pula pendapat Ameera dan Kavita?


                                                                                                                            Ameera       Anak-anak kerap memprotes secara melampau dan kasar. Pada pandangan saya,
                                                                                                                                         ibu bapa merupakan suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa yang memberi
                                                                                                                                         contoh yang tidak baik seperti sering bergaduh, tidak menepati janji, kerap    Pendidikan Kesihatan
                                                                                                                                         berbohong dan sering memarahi anak akan mewujudkan sikap memberontak
                                                                                                                                         dalam diri. Lebih teruk lagi, apabila ibu bapa bersikap diktator dalam menentukan
                                                                                                                                         hala tuju masa depan anak-anak.
       Pendidikan Kesihatan
                                                                                                                             Kavita      Saya berpendapat bahawa anak-anak lebih akrab dan mempercayai rakan-
                                                                                                                                         rakan berbanding ibu bapa. Kurangnya kemahiran berkomunikasi, kemahiran
                Guru        Selamat pagi semua. Berkaitan tema forum nanti, saya pasti semua orang                                       berbincang dan kemahiran mendengar dalam kalangan ibu bapa yang sibuk
                            menginginkan sebuah keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia terbentuk                                   setiap hari menyebabkan anak-anak terutama remaja lebih memilih rakan-rakan
                            daripada ibu bapa yang arif tentang kemahiran keibubapaan. Namun hari ini, kita                              untuk meluahkan perasaan. Malah, anak-anak kerap meluahkan perasaan mereka
                            lihat pelbagai masalah remaja yang berlaku di sekolah atau di luar. Antaranya                                di media sosial seperti WeChat, Facebook, Twitter dan Instagram.
                            kes buli, bergaduh, seks luar nikah, budaya lepak dan sebagainya.
                                                                                                                              Guru       Bagus, semua. Selain yang kamu terangkan tadi, terdapat beberapa lagi kesan
               Ameera       Cikgu, boleh jelaskan apakah kaitan antara masalah salah laku remaja dengan                                  sekiranya ibu bapa tidak menguasai kemahiran keibubapaan seperti perhubungan
                            kesan kekurangan kemahiran keibubapaan?                                                                      antara ibu bapa dengan anak-anak kurang mesra, anak-anak menjadi kurang
                                                                                                                                         bertanggungjawab serta sering berlaku pertengkaran dengan adik-beradik dan
                Guru        Bagus soalan Ameera. Semua kes yang berlaku melibatkan remaja hari ini berpunca                              ibu bapa. Oleh itu sebagai murid dan anak, kamu harus mengetahui tentang
                            daripada keluarga yang pincang. Menurut Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,                                 kemahiran keibubapaan dan kesan-kesan jika ibu bapa tidak menguasainya.
                            pakar motivasi terkenal, 95% masalah disiplin remaja di sekolah berpunca daripada
                            keluarga yang bermasalah. Menurut beliau, golongan remaja bermasalah terdiri
                            daripada mereka yang dilayan dengan kasar, ditengking atau dipukul. Nilai kasih
                            sayang perlu bermula dari rumah dan daripada ibu bapa itu sendiri.                                 Glosari
                                                                                                                             Asertif: Perilaku individu yang penuh keyakinan diri, tegas, bertanggungjawab, menyatakan pendapat secara
                Mei Lin     Cikgu, apakah kesan kekurangan kemahiran keibubapaan terhadap ahli keluarga?                     bijaksana, seorang yang adil dan menghargai orang lain.



               186        SP:   4.1.2                                                                                                                                                                        187
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201