Page 193 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 193
KEKELUARGAAN
STANDARD
PEMBELAJARAN
Menjelaskan kemahiran keibubapaan dalam konteks
berkeluarga.
Membincangkan kesan kekurangan kemahiran
keibubapaan terhadap ahli keluarga.
Menjana idea kepentingan kemahiran keibubapaan
dalam konteks berkeluarga.
Pengenalan
emahiran keibubapaan merupakan sesuatu
yang amat penting bagi institusi kekeluargaan
Kdalam dasawarsa ini. Kemahiran ini perlu
sesuai dengan situasi semasa anak-anak. Kemahiran
keibubapaan bukan sahaja perlu dipraktikkan
oleh ibu bapa, malah anak-anak terutama remaja
masa kini juga perlu menguasainya. Mereka perlu
didedahkan dengan kemahiran tersebut agar menjadi
pemangkin kewujudan sesebuah keluarga bahagia,
bertoleransi dan memahami. Peranan diri sendiri
(anak-anak dan remaja) dan ahli keluarga lain dapat
meningkatkan keharmonian institusi kekeluargaan
terutama dari aspek kesihatan keluarga.
Meluangkan masa bersama-sama
Tidak kepada gadget Aktiviti bersama-sama keluarga ahli keluarga
182 183

