Page 198 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 198

Kepentingan Kemahiran

              Keibubapaan dalam
              Konteks Berkeluarga                                                                                               Berdasarkan kekurangan kemahiran keibubapaan yang dinyatakan di bawah, ramalkan kesan yang akan

                                                                                                                            1
                                                                                                                               berlaku kepada ahli keluarga.
              Hari ini, kita didedahkan dengan pelbagai masalah                                                                a.  Kurang kemahiran membimbing
              remaja akibat lemahnya institusi kekeluargaan.                                                                   b.  Kurang kemahiran mendengar
              Masalah seperti ponteng sekolah, bergaduh, buli,                                                                 c.  Kurang kemahiran berbincang
              merokok, hubungan seks luar nikah, sumbang       Antara keratan akhbar
                                                               mengenai kes buli.
              mahram, penyalahgunaan bahan, menonton                                                                           d.  Kurang kemahiran insaniah
              laman web porno, lari dari rumah dan terlibat dengan gangsterisme antara masalah yang sering                     e.  Kurang menjadi suri teladan yang baik
              dipaparkan sama ada di media elektronik, Internet mahupun di dada akhbar.                                        f.   Kurang kemahiran berkomunikasi

                 Oleh itu, kemahiran keibubapaan dalam konteks berkeluarga dapat membentuk budaya
              anak-anak yang cemerlang, tidak terpengaruh dengan gejala sosial, mempunyai jati diri dan                     2   Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan daerah akan mengadakan minggu PJPK peringkat
              tahap disiplin yang baik serta mempunyai pengetahuan dan pegangan agama. Namun ibu                               daerah. Salah satu program yang akan diadakan ialah pertandingan mencipta video pendek. Anda
                                                                                                                               bersama-sama lima orang rakan telah diminta untuk menyertai pertandingan tersebut. Anda perlu
              bapa yang menggunakan kekerasan menyebabkan hubungan yang terjalin dalam kalangan ahli                           mematuhi kriteria pertandingan seperti di bawah. Tajuk video bertemakan "Kepentingan Kemahiran
              keluarga renggang sejak awal seterusnya mendorong kepada kehidupan yang penuh kemelut                            Keibubapaan dalam Konteks Berkeluarga". Hasil karya perlu disemak terlebih dahulu oleh guru Pendidikan
              dan tekanan.                                                                                                     Jasmani dan Pendidikan Kesihatan kelas anda.
                                                                                                                               Syarat pertandingan:
                                                                                                                               a.  Video pendek berdurasi tidak melebihi lima minit tidak termasuk montaj dan penghargaan pada
               Meningkatkan tahap disiplin                                                                                        akhir video.
                  Berbincang dan menasihati dengan menetapkan setiap peraturan di rumah akan menjadikan                        b.  Isi kandungan video melibatkan kepentingan kemahiran keibubapaan dalam konteks berkeluarga.  Pendidikan Kesihatan
                  anak-anak lebih berdisiplin. Sebagai contoh, ibu bapa menetapkan waktu perlu berada di                       c.  Penghasilan video pendek boleh menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
                  rumah sebelum jam 7.00 malam dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti solat berjemaah.                    d.  Kandungan video perlu mengandungi nilai-nilai murni dan tidak mengandungi unsur-unsur sensitif
                                                                                                                                  seperti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.
               Mendidik agar boleh berdikari
       Pendidikan Kesihatan
                  Anak-anak perlu dibimbing untuk berdikari dengan memberikan mereka peluang menentukan                     3   Sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kelas anda dikehendaki untuk menyediakan
                  perkara berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing.                                                   penanda buku bertemakan “Keluargaku Syurgaku”. Secara individu, semua murid perlu menyiapkan
                                                                                                                               penanda buku yang menarik dan diserahkan kepada ibu bapa masing-masing semasa mesyuarat
                                                                                                                               tersebut. Hasilkan satu penanda buku yang kreatif dan menarik.
               Menghindarkan daripada terjebak dengan gejala sosial
                  Anak-anak perlu dibekalkan dengan sikap insaniah agar mereka mempunyai benteng yang
                  kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan daripada melibatkan diri dalam sebarang perbuatan
                  dan aktiviti yang boleh memburukkan imej diri serta merosakkan nama baik keluarga.


               Bertindak sebagai tempat rujukan dan menyelesaikan masalah
                  Berikan ruang dan masa serta menjadi pendengar yang baik dan bersikap lemah lembut
                  menjadikan anak-anak selesa untuk meluahkan sesuatu.


               Mendidik dengan nilai dan pegangan agama
                  Penerapan nilai agama akan menghindari anak-anak daripada aktiviti yang sia-sia. Tanpa
                  pendidikan agama, anak-anak tidak mempunyai benteng yang kukuh bagi menghadapi
                  keruntuhan moral yang semakin berleluasa.





               188        SP:   4.1.3                                                                                                                                                                        189
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203