Page 199 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 199
Kepentingan Kemahiran
Keibubapaan dalam
Konteks Berkeluarga Berdasarkan kekurangan kemahiran keibubapaan yang dinyatakan di bawah, ramalkan kesan yang akan
1
berlaku kepada ahli keluarga.
Hari ini, kita didedahkan dengan pelbagai masalah a. Kurang kemahiran membimbing
remaja akibat lemahnya institusi kekeluargaan. b. Kurang kemahiran mendengar
Masalah seperti ponteng sekolah, bergaduh, buli, c. Kurang kemahiran berbincang
merokok, hubungan seks luar nikah, sumbang Antara keratan akhbar
mengenai kes buli.
mahram, penyalahgunaan bahan, menonton d. Kurang kemahiran insaniah
laman web porno, lari dari rumah dan terlibat dengan gangsterisme antara masalah yang sering e. Kurang menjadi suri teladan yang baik
dipaparkan sama ada di media elektronik, Internet mahupun di dada akhbar. f. Kurang kemahiran berkomunikasi
Oleh itu, kemahiran keibubapaan dalam konteks berkeluarga dapat membentuk budaya
anak-anak yang cemerlang, tidak terpengaruh dengan gejala sosial, mempunyai jati diri dan 2 Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan daerah akan mengadakan minggu PJPK peringkat
tahap disiplin yang baik serta mempunyai pengetahuan dan pegangan agama. Namun ibu daerah. Salah satu program yang akan diadakan ialah pertandingan mencipta video pendek. Anda
bersama-sama lima orang rakan telah diminta untuk menyertai pertandingan tersebut. Anda perlu
bapa yang menggunakan kekerasan menyebabkan hubungan yang terjalin dalam kalangan ahli mematuhi kriteria pertandingan seperti di bawah. Tajuk video bertemakan "Kepentingan Kemahiran
keluarga renggang sejak awal seterusnya mendorong kepada kehidupan yang penuh kemelut Keibubapaan dalam Konteks Berkeluarga". Hasil karya perlu disemak terlebih dahulu oleh guru Pendidikan
dan tekanan. Jasmani dan Pendidikan Kesihatan kelas anda.
Syarat pertandingan:
a. Video pendek berdurasi tidak melebihi lima minit tidak termasuk montaj dan penghargaan pada
Meningkatkan tahap disiplin akhir video.
Berbincang dan menasihati dengan menetapkan setiap peraturan di rumah akan menjadikan b. Isi kandungan video melibatkan kepentingan kemahiran keibubapaan dalam konteks berkeluarga. Pendidikan Kesihatan
anak-anak lebih berdisiplin. Sebagai contoh, ibu bapa menetapkan waktu perlu berada di c. Penghasilan video pendek boleh menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
rumah sebelum jam 7.00 malam dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti solat berjemaah. d. Kandungan video perlu mengandungi nilai-nilai murni dan tidak mengandungi unsur-unsur sensitif
seperti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.
Mendidik agar boleh berdikari
Pendidikan Kesihatan
Anak-anak perlu dibimbing untuk berdikari dengan memberikan mereka peluang menentukan 3 Sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, kelas anda dikehendaki untuk menyediakan
perkara berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. penanda buku bertemakan “Keluargaku Syurgaku”. Secara individu, semua murid perlu menyiapkan
penanda buku yang menarik dan diserahkan kepada ibu bapa masing-masing semasa mesyuarat
tersebut. Hasilkan satu penanda buku yang kreatif dan menarik.
Menghindarkan daripada terjebak dengan gejala sosial
Anak-anak perlu dibekalkan dengan sikap insaniah agar mereka mempunyai benteng yang
kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan daripada melibatkan diri dalam sebarang perbuatan
dan aktiviti yang boleh memburukkan imej diri serta merosakkan nama baik keluarga.
Bertindak sebagai tempat rujukan dan menyelesaikan masalah
Berikan ruang dan masa serta menjadi pendengar yang baik dan bersikap lemah lembut
menjadikan anak-anak selesa untuk meluahkan sesuatu.
Mendidik dengan nilai dan pegangan agama
Penerapan nilai agama akan menghindari anak-anak daripada aktiviti yang sia-sia. Tanpa
pendidikan agama, anak-anak tidak mempunyai benteng yang kukuh bagi menghadapi
keruntuhan moral yang semakin berleluasa.
188 SP: 4.1.3 189

