Page 207 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 207

Cara Mengelakkan Diri daripada Seks Siber



 Lakonkan simulasi yang menunjukkan situasi seorang kaunselor sedang menjalankan sesi terapi
 dengan klien bagi mengelakkan diri daripada seks siber.
             1   Berikut merupakan salah laku berkaitan seks siber kecuali ...
 Kaunselor  :  Apakah perasaan kamu sekiranya terjebak dengan aktiviti seks siber?     A   Menghantar teks lucah

                 B   Menghantar gambar dan isyarat lucah
 Klien            :  Tidak dinafikan pada mulanya memang menyeronokkan. Namun, saya pasti      C   Menghantar maklumat tentang salah laku seks
 akan rasa bersalah dengan diri sendiri kerana ketagihan terhadap seks siber      D   Menghantar gambar atau video perlakuan seks
 sukar untuk dihentikan.

 Kaunselor  :  Sekiranya kamu terjebak, adakah kamu berhasrat untuk menghentikan   2   Mengapakah masalah seks siber semakin berleluasa dalam kalangan remaja?
 tabiat tersebut?     I   Faktor dunia tanpa sempadan

                II   Kemudahan jalur lebar di rumah
 Klien             :  Sudah tentu! Cuma saya tidak tahu cara yang berkesan.
                III  Peningkatan laman sesawang berkaitan pornografi
 Kaunselor  :  Sebagai seorang yang terpelajar, kamu tentu tahu tentang bahaya ketagihan seks       IV  Ibu bapa tidak dapat mengesan laman sesawang yang dilawati oleh anak-anak
            siber terhadap kesihatan fizikal dan mental.     A   I dan II sahaja
                 B   I, II dan III sahaja
 Klien     :  Ya, saya pasti akan berasa letih dan selalu jatuh sakit. Prestasi pelajaran juga akan       C   II, III dan IV sahaja
            menurun dengan mendadak. Tetapi dengan kemudahan Internet di rumah       D   I, II, III dan IV
            memudahkan saya untuk melayari laman sesawang lucah.                                          Pendidikan Kesihatan

 Kaunselor  :  Saya mencadangkan agar kamu menamatkan langganan Internet buat sementara    3   Ketagihan seks siber akan memberikan kesan terhadap remaja itu sendiri dan orang di sekelilingnya.
            waktu atau elakkan diri daripada komputer yang mempunyai akses kelajuan jalur        Berdasarkan penyataan berikut, yang manakah merupakan kesan tingkah laku seks siber?
 lebar yang tinggi.     I   Gangguan emosi
 Pendidikan Kesihatan
                II   Berasa lebih gembira
 Klien     :  Tetapi saya memerlukan komputer dan Internet untuk melakukan kerja harian.       III  Keruntuhan institusi keluarga
            Tambahan pula, saya memerlukan Internet untuk mendapatkan maklumat yang        IV  Berjaya mengelakkan buli siber
            tepat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.     A   I dan II sahaja

 Kaunselor  :  Kalau begitu, kamu perlu tetapkan masa untuk melayari Internet. Elakkan daripada       B   III dan IV sahaja
            melayari Internet secara bersendirian atau di tempat tersembunyi. Kamu juga perlu       C   I dan IV sahaja
            meluangkan masa bersama kawan-kawan atau keluarga dengan aktiviti sihat        D   II, III dan IV sahaja
            seperti bersukan dan bersosial.

             4    Kelas anda dikehendaki untuk menganjurkan program kesedaran bahaya seks siber. Pilih satu tajuk di
 Klien     :  Terima kasih atas nasihat puan. Saya berasa lebih bersemangat dan yakin untuk     bawah, kemudian bincang dan sediakan satu poster untuk dipaparkan dalam aktiviti Gallery Walk di
            mengelakkan tabiat ketagihan seks siber berdasarkan panduan yang diberikan.  dalam kelas.
                a.  Salah laku berkaitan seks siber
 Kaunselor  :  Perkara yang paling penting, sentiasa ingat kepada Tuhan dan mantapkan pegangan        b.  Kesan tingkah laku seks siber
            agama agar kita tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang boleh memudaratkan       c.  Cara mengelakkan diri daripada terjebak dengan seks siber
            diri sendiri. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

 Klien     :  Terima kasih sekali lagi puan.
 Apakah risiko yang bakal dihadapi sekiranya seks siber semakin menular dalam kalangan remaja?



 196  SP:   5.1.4                                                                             197
   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212