Page 202 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 202

Seks Siber



              Seks siber dahulunya berlaku menerusi medium                                                                 Kesan Tingkah Laku Seks Siber
              komputer. Namun begitu, seks siber kini lebih mudah                                                          Dasar langit terbuka pada hari ini membawa kepada era globalisasi atau dunia tanpa sempadan
              berlaku menerusi telefon pintar. Sexting merupakan                                                           yang memudahkan kita mengakses maklumat di hujung jari sahaja. Hal ini bermakna, maklumat
              komunikasi dua hala atau lebih sama ada berlainan                                                            boleh diakses oleh sesiapa dan di mana-mana sahaja. Namun begitu, sekiranya tidak dikawal
              jantina atau sama jantina iaitu menghantar mesej                                                             akan mendatangkan kesan penyalahgunaan Internet oleh pengguna terutamanya para remaja
              lucah menggunakan teks, huruf atau gambar yang                                                               seperti seks siber.
              membawa maksud lucah. Komunikasi ini dilakukan
              bagi memuaskan nafsu fantasi seks kepada kedua-
              dua pihak atau individu (Hahn, 1996).                                                                                      KESAN TINGKAH LAKU SEKS SIBER

                  Gejala seks siber ini merupakan satu fenomena
              yang sedang berkembang di negara kita. Sekiranya                                                             Keruntuhan akhlak
              gejala ini tidak dibendung oleh semua pihak, maka                                                            Seks siber boleh menjejas dan meruntuhkan akhlak remaja pada masa kini dan akan datang.
              akan mengakibatkan kemudaratan kepada diri remaja,
              keluarga, masyarakat dan negara. Pelbagai langkah                                                            Pornografi kanak-kanak
              untuk membendung gejala ini perlu dilakukan agar
              tidak terus menular pada masa depan.                                                                         Perbuatan mengambil, menerima dan menghantar foto lucah diri sendiri atau orang lain di
                                                                                                                           bawah umur 18 tahun.
                                                             Saling menghantar
                                                      1   gambar dan isyarat lucah                                         Gangguan seksual
                                                                                                                           Gangguan seksual bersifat verbal, tanpa lisan, psikologi atau fizikal. Kebiasaannya, kaum wanita
                      Menghantar                      Kini, sudah tidak wujud lagi batasan kepada mana-mana                diganggu secara seksual di jalanan, dalam pengangkutan awam atau di tempat kerja. Berlaku
               teks lucah kepada individu   5         golongan individu sehinggakan sanggup berkongsi                      juga gangguan seksual di sekolah hingga mewujudkan suasana pembelajaran yang tegang dan      Pendidikan Kesihatan
                 yang menjadi sasaran                 gambar peribadi menyebabkan maruah diri tercalar                     menimbulkan ketakutan.
                                                      apabila gambar lucah ditularkan.
              Perbuatan ini dilakukan bertujuan                                                                            Keruntuhan institusi kekeluargaan
              untuk mengganggu sasaran.                                                                                    Hubungan interpersonal iaitu komunikasi dengan ahli keluarga menjadi hambar kerana menghabiskan
       Pendidikan Kesihatan
                                                                                                                           masa dengan laman seks. Keadaan ini juga boleh menimbulkan konflik perhubungan sosial
                                                     SALAH LAKU                                                            dengan ahli keluarga dan orang lain.
                                                    BERKAITAN                 Berlaku curang (pelaku                       Buli siber dan ancaman
                  Suka menyendiri dan                                     2   terdiri daripada suami                                                                                            Info
                   menghantar mesej                   SEKS                       atau isteri orang)                        Mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium         TAMBAHAN
                    secara rambang         4         SIBER                 Kesannya boleh membawa                          elektronik seperti kiriman mesej (SMS), e-mel, laman web sosial, telefon   M enurut P engerusi
                                                                                                                           bimbit atau permainan Internet.
              Terdapat juga pelaku seks siber                              kepada keruntuhan rumah                         Menjadi mangsa pemerdagangan seks                                 Persidangan Persatuan
              yang menghantar mesej secara                                 tangga seperti pergaduhan                                                                                         Ketag ihan I n t er net
                                                                                                                                                                                             Antarabangsa 2016 yang
              rambang tanpa mengira siapa                                  dan perceraian.                                 Laman sesawang lucah yang diakses mengandungi tawaran untuk       juga pakar psikiatri kanak-
              sasarannya menyebabkan mangsa                                                                                mendapatkan perkhidmatan seks. Senario ini boleh mendatangkan     kanak dan remaja, Dr.
              mengalami gangguan emosi.                                                                                    risiko menjadi mangsa jenayah siber seperti mangsa rogol, mangsa   Norharlina Bahar, tanda
                                                   Mencari kepuasan                    Info                                pemerdagangan seks dan pelacuran.                                 ketagihan Internet disifatkan
                                                   seks secara fantasi   3              TAMBAHAN                           Gangguan emosi                                                    sebagai kegagalan untuk
                                                                                                                                                                                             menjalankan rutin harian
                                 Golongan remaja yang gemar seks akan melayari        Tingkah laku seks                    Pelaku akan mengalami gangguan emosi kerana cenderung kepada      akibat penggunaan Internet
                                                                                                                                                                                             secara berlebihan. Lazimnya,
                                 laman sesawang lucah untuk mencari pasangan,         siber  juga  akan                    fantasi seks. Keadaan akan lebih parah apabila kesunyian, keseorangan,   penggunaan Internet
                                 gambar atau klip video bagi menghidupkan dunia       cenderung kepada                     mengalami tekanan dan tidak sensitif dengan perasaan orang lain.  secara berlebihan akan
                                                                                      pembaziran wang
                                 khayalan lucah mereka. Sekiranya hal ini berterusan,   kerana individu                                                                                      mengganggu emosi dan
                                 mereka akan cenderung kepada perhubungan seksual     tersebut sering                                                                                        perasaan seseorang.
                                 sebelum nikah atau menjadi mangsa pemerkosaan.       melanggan Internet.                                                                                       Sumber: Afiq Hanif (2017)


               192        SP:   5.1.1, 5.1.2, 5.1.3                                                                                                                                                          193
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207