Page 70 - buku teks Pendidikan_Jasmani_dan_Pendidikan_Kesihatan_Tingkatan_4
P. 70

1   Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan telah memaparkan papan taktikal kepada murid.
               Berdasarkan papan taktikal di bawah, nyatakan strategi menyerang dan strategi bertahan dalam
               formasi yang tertera. Huraikan.

                                                                          Kawasan
                                                                          bertahan
                                                                          pemain

                                                                            Pasukan    Pasukan
                                                                            Penyerang  Bertahan
                                                                          GK  Penjaga gol
                                                                          LD  Pertahanan kiri
                                                                          RD  Pertahanan kanan
                                                                          LH  Pertahanan kiri tengah

                                                                          RH  Pertahanan kanan tengah
                                                                             Pertahanan tengah/pemain
                                                                          CB  lingkungan
                                                                          FD  Pertahanan hadapan




            2   Kelab Komputer dan Teknologi Maklumat sekolah mempelawa anda mengemas kini maklumat Kelab
               Bola Baling sekolah. Sila bantu kelab tersebut dengan menyediakan maklumat seperti berikut:
               a.  Kemahiran asas menyerang
    Pendidikan Jasmani
               b.  Kemahiran asas bertahan
               c.  Beberapa formasi menyerang
               d.  Beberapa formasi bertahan

            3   Berdasarkan carian video pertandingan bola baling yang diadakan di peringkat antarabangsa, anda
               secara individu dikehendaki untuk menyediakan satu folio berkenaan “Analisis Pertandingan Bola
               Baling” berdasarkan perkara berikut:
               a.  Tajuk folio
               b.  Objektif analisis
               c.  Jelaskan kemahiran bola baling yang digunakan ketika melakukan serangan dan bertahan.
               d.  Jelaskan formasi yang digunakan ketika menyerang.
               e.  Jelaskan formasi yang digunakan ketika bertahan.
               f.  Kesimpulan


            4   Selepas mempelajari strategi menyerang dan strategi bertahan dalam beberapa formasi, kelas anda
               dikehendaki untuk menganjurkan pertandingan bola baling terbuka antara kelas. Setiap pasukan
               yang menyertai pertandingan tersebut dikehendaki untuk menyediakan lakaran strategi menyerang
               dan strategi bertahan.





             60
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75