Page 19 - BUKU TEKS T5
P. 19
BAB 1
Program latihan dan pembangunan mesti diberikan
secara berterusan mengikut keperluan semasa.
Program latihan dan pembangunan seperti latihan
sambil bekerja boleh melengkapkan diri pekerja
dengan kemahiran dan pengetahuan yang khusus.
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Persekitaran kerja yang kondusif akan meningkatkan
produktiviti, motivasi, kepuasan kerja, mengurangkan
kesilapan tugas dan tekanan kerja.
Bagi jangka masa panjang, persekitaran kerja yang
harmoni akan membolehkan pekerja menjana banyak
idea baharu serta mampu menjalinkan hubungan
yang lebih baik dengan pihak luar.
Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan
mementingkan kecemerlangan dapat mewujudkan dan
memantapkan budaya profesional di tempat kerja.
Contohnya, konsep pengurusan Jepun seperti Total
Quality Management (TQM), Kaizen, 5S, Zero Defect
dan sebagainya boleh diamalkan dalam memberikan
perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.
Pengurusan sumber manusia perlu menggalakkan
pembangunan bakat pekerja menerusi pelbagai aktiviti
dan menyediakan sumber pembiayaan pendidikan
untuk menggalakkan pekerja menambahkan
pengetahuan dan kemahiran kepakaran.
Pekerja yang kreatif dan inovatif dalam organisasi akan
memantapkan pencapaian organisasi melalui tambah
baik, hasil produk dan perkhidmatan untuk memberi
persaingan perniagaan lebih baik.
Pekerja yang kreatif dan inovatif akan diberikan
ganjaran dan penghargaan kerana sumbangan,
produktiviti dan motivasi kerja mereka.
7 7

