Page 15 - BUKU TEKS T5
P. 15
1 PENGURUSAN BAB 1
sumber MANUSIA
BAB
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Pendahuluan
Pengurusan sumber manusia merupakan usaha membangunkan tenaga kerja yang berprestasi
tinggi. Hal ini penting untuk membantu pengurusan secara berkesan bagi mencapai matlamat
individu dan organisasi.
Amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan boleh mempengaruhi kepuasan pekerja
dan pelanggan, inovasi dan kreativiti pekerja, meningkatkan produktiviti kerja, pembangunan
reputasi perniagaan yang baik dan memberikan kelebihan bersaing berbanding organisasi lain.
Standard Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, murid boleh:
menyatakan definisi pengurusan sumber menilai hubung kait antara kemahiran
manusia dalam sesebuah perniagaan. kebolehkerjaan yang perlu dimiliki pekerja
menjelaskan peranan pengurusan sumber dengan kejayaan sesebuah perniagaan.
manusia dalam sesebuah perniagaan. mencipta satu struktur organisasi dalam
mengaplikasikan peranan pengurusan sesebuah perniagaan.
sumber manusia dalam pembangunan mencadangkan idea baharu bagi satu
perniagaan yang mampan. sistem penggajian berpandukan struktur
menganalisis aspek pengelolaan sumber organisasi yang dibina.
manusia dalam pembangunan perniagaan
yang mampan.
3 3

