Page 4 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SK PANDAMRAN JAYA KALI KE- 36
P. 4

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


                                      Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
                                      Yang  Berusaha  Encik  Mahat  bin  Abd.  Hamid,  Guru  Besar  SK

                                      Pandamaran  Jaya,  Pelabuhan  Klang,  Yang  Berusaha  Encik  Nallan
                                      Dhanabalan,  Penyelaras  Pusat  Khidmat  Komuniti  Perikatan  Nasional

                                      Parlimen Klang, barisan pentadbir, AJK PIBG, guru-guru serta ibu bapa

                                      yang hadir sekalian.


                                             Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali

               lagi walaupun dalam alam maya iaitu melalui aplikasi google meet bagi menjayakan mesyuarat
               Agung PIBG kali ke-36 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang

               telah dapat meluangkan masa untuk menyertainya pada hari ini.


                       Pertama  sekali,  saya  juga  ingin  mengambil  kesempatan  untuk  mengucapkan  setinggi-
               tinggi  tahniah  dan  syabas  kepada  semua  AJK  PIBG  kerana  sekali  lagi  telah  berjaya

               menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan norma baharu

               dan amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan
               platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat  yang

               bernas  untuk  melonjakkan  lagi  kecemerlangan  sekolah  sama  ada  dalam  akademik,  sahsiah
               mahupun kokurikulum.


               Tuan-tuan dan puan-puan,



                       Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan
               tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan,

               kami  sentiasa  memikirkan  kebajikan  anak-anak  kita  di  sekolah  ini  dan  ingin  sentiasa

               memberikan  yang  terbaik  walaupun  kadangkala  berdepan  dengan  kesukaran  terutamanya
               masalah kewangan. Walaupun tidak ramai ibu bapa yang memberi sumbangan pada tahun 2020

               disebabkan  tertangguhnya  sesi  persekolahan  akibat  wabak  covid  yang  melanda  dunia  namun


               4 | M E S Y U A R A T   A G U N G   P I B G   S K P J   K A L I   K E - 3 6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9