Page 6 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SK PANDAMRAN JAYA KALI KE- 36
P. 6

KATA-KATA ALUAN PENASIHAT



                                     Assalamualaikum  warahmatullahiWabarakatuh  dan  Salam  Sejahtera.
                                     Yang  berusaha  Tn.  Nallan  Dhanabalan,  Penyelaras  Pusat  Khidmat

                                     Komuniti Parlimen Klang, Yang Dihormati YDP PIBG SK Pandamaran
                                     Jaya,  Barisan  Penolong  Kanan,  AJK  PIBG,  Guru-guru,  Tuan-tuan  dan

                                     Puan-puan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada

                                     Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersama-
                                     sama  berkumpul  pada  pagi  yang  mulia  ini,  sempena  Mesyuarat  Agung

                                     PIBG Kali Ke-36 bagi Sekolah Kebangsaan Pandamaran Jaya, Pelabuhan

               Klang. Tidak lupa kepada ibu bapa murid yang meluangkan masa hadir secara dalam talian pada
               pagi ini. Ibu bapa yang hadir pada pagi ini sebenarnya adalah ibu bapa yang cemerlang. Tahniah

               dan syabas saya ucapkan. Saya juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada YDP
               PIBG,  Jawatankuasa  PIBG,  Guru-guru  dan  staf  sekolah  kerana  telah  dapat  merancang,

               mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat secara dalam talian ini.


                       Tuan-tuan  dan  Puan-puan,  seperti  yang  kita  sedia  maklum  semua  Mesyuarat  Agung

               PIBG perlu dijalankan setiap tahun dengan memilih, melantik AJK yang baru sekiranya telah
               cukup  tempoh  lantikan  serta  yang  lebih  utama  kita  dapat  bersama-sama  mengusul  dan

               membahaskan  sesuatu  isu  untuk  kebaikan  bersama.  Walau  pun  kita  berkumpul  secara  dalam
               talian pada kali ini, namun diharapkan kita akan dapat bersama-sama mencari kata sepakat demi

               kepentingan  dan  masa  depan  anak-anak  kita.  Permuafakatan  seumpama  inilah  yang  menjadi
               kunci kejayaan PIBG sekolah.



                       Dalam proses pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai inisiatif, usaha,
               dan program telah dilakukan oleh pihak KPM. Ini termasuklah pelbagai transformasi pendidikan

               seperti program 1M1S, KSSR, PBS, MBM MBI dan disamping itu pelbagai bantuan khas juga

               diberikan  kepada  murid-murid  termasuk  mereka  yang  berada  di  prasekolah,  asrama  dan  juga
               murid keseluruhannya. Transformasi penilaian murid di masa kini telah ditukarkan. Pentaksiran

               sekolah telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan sekarang ia telah


               6 | M E S Y U A R A T   A G U N G   P I B G   S K P J   K A L I   K E - 3 6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11