Page 8 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SK PANDAMRAN JAYA KALI KE- 36
P. 8

KATA-KATA ALUAN PERASMI



                                      Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan.


                                      Yang  Dihormati  En.  Hadith  bin  Jamaludin,  Yang  Dipertua  PIBG  SK
                                      Pandamaran  Jaya,  Yang  Berusaha  En.  Mahat  bin  Abd    Hamid,  Guru

                                      Besar  SK  Pandamaran  Jaya,  Barisan  Guru  Penolong  Kanan,  Ahli

                                      Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021, Guru-guru dan ibu bapa /waris SK
               Pandamaran Jaya, Serta anak-anak murid SK Pandamaran Jaya sekalian.

               Terlebih  dahulu  saya  ucapkan  ribuan  terima  kasih  kepada  barisan  PIBG  dan  pentadbir  SKPJ

               kerana kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Pandamaran jaya kali ke-36.
               Pertama kali kita bertemu dalam majlis secara maya dan norma baharu. Sesungguhnya wabak

               Covid-19  telah  mengubah  segala-galanya.  Namun,  kita  hanya  merancang,  Tuhan  juga  yang
               menentukan. Semoga pertemuan secara maya ini dapat mencapai kesepakatan dalam merungkai

               permasalahan demi kecemerlangan dan kemenjadian murid SK Pandamaran jaya.


               Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


               Saya  juga  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  syabas  dan  tahniah  kepada  warga

               sekolah khususnya barisan pentadbir dan guru-guru serta AJK PIBG  yang sentiasa membantu
               untuk menjalankan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai

               bila-bila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak
               kejayaan,  tetapi  ini  tidak  bermakna  bahawa  kita  boleh  selesa  berpeluk  tubuh  mengharapkan

               setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa hadapan.

               Hakikatnya kita sedang menghadapi pelbagai cabaran baharu yang menuntut supaya kita sentiasa
               meneroka  ilmu  terkini,  melakukan  inovasi  dan  berusaha  untuk  melangkaui  sempadan

               kecemerlangan.


               Sebenarnya,  pihak  sekolah  banyak  memerlukan  kerjasama  daripada  ibu  bapa  dalam  apa  jua

               program  yang  melibatkan  anak-anak  kita.  Dalam  hal  ini,  ibu  bapa  perlu  memainkan  peranan


               8 | M E S Y U A R A T   A G U N G   P I B G   S K P J   K A L I   K E - 3 6
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13