Page 5 - BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SK PANDAMRAN JAYA KALI KE- 36
P. 5
terdapat juga ibu bapa yang bertanggungjawab dan memberi komitmen yang tinggi dengan
memberi sumbangan walaupun hanya beberapa bulan sahaja anak-anak hadir ke sekolah. Syabas
dan tahniah saya ucapkan.
Hadirin sekalian,
Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa.
Sumbangan tersebut bukan sahaja semata-mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa
untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah, menyiapkan kerja sekolah dan memantau
perkembangan pelajaran anak-anak. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih
utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu, saya menyeru agar ibu bapa turut
membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.
Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong
dan memberikan Kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SK
Pandamaran Jaya terus melakar kejayaan. Saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan
dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari
segi kewangan mahupun tenaga.
Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersikap bicara,
Kemaafan juga saya pohonkan.
Sekian, terima kasih.
ENCIK HADITH BIN JAMALUDIN
Yang Dipertua PIBG
SK PANDAMARAN JAYA
5 | M E S Y U A R A T A G U N G P I B G S K P J K A L I K E - 3 6

