Page 196 - SK tingkatan 5
P. 196
Atur cara Contoh Output
<html> (tidak memenuhi kedua-dua syarat if)
<body> Umur: 19 StatusDaftar: false
<script>
var umur = 19, statusDaftar = false;
if (umur >= 21 || statusDaftar == true)
{
document.write("Anda layak mengundi.");
}
else
{
document.write("Anda tidak layak mengundi.");
}
</script>
</body>
</html>
Penerangan:
1 Menetapkan nilai “umur = 25” dan “statusDaftar = true”.
2 Menyemak nilai umur dan statusDaftar menggunakan arahan if. Menyemak sama ada memenuhi
salah satu syarat iaitu umur >= 25 atau statusDaftar = true.
3 Jika salah satu syarat dipenuhi, mesej “Anda layak mengundi” akan dipaparkan.
4 Sebaliknya, jika kedua-dua syarat tidak dipenuhi, mesej “Anda tidak layak mengundi” akan
dipaparkan.
Struktur Kawalan Ulangan
Struktur kawalan ulangan memerlukan pernyataan bersyarat yang akan melaksanakan satu pernyataan
atau satu blok kod berulang kali. Struktur kawalan ulangan melaksanakan satu pernyataan yang diberi
selagi syaratnya adalah true. Rajah 3.1.47 menunjukkan dua jenis struktur kawalan ulangan.
Struktur Kawalan Ulangan
Ulangan berasaskan Ulangan berasaskan
Pembilang Syarat
Rajah 3.1.47 Jenis struktur kawalan ulangan
Ulangan berasaskan pembilang
Ulangan berasaskan pembilang menggunakan pernyataan for... dalam JavaScript. Ulangan
berasaskan pembilang akan menggunakan satu pemboleh ubah untuk membuat ulangan kepada
pernyataan dan syaratnya bergantung kepada pembilang. Jadual 3.1.21 adalah sintaks bagi struktur
ulangan berasaskan pembilang yang ditunjukkan oleh pseudokod dan carta alir.
188 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

