Page 198 - SK tingkatan 5
P. 198

Penerangan:
                  1   for digunakan dalam JavaScript untuk melaksanakan ulangan.
                  2   Terdapat nilai pembilang yang diberi nilai awal 1.
                  3   Terdapat nilai tamat pembilang, iaitu 3 untuk mengira ulangan sebanyak 3 kali (bermula 1 hingga 3).
                  4   pembilang ++ adalah untuk kemas kini nilai pembilang dengan menambah satu kepada nilai pembilang
                     (sehingga syarat pembilang <=3 tidak dipenuhi).
                  5   Mesej “Salam Sejahtera!” akan dipaparkan sebanyak 3 kali.


                   Kawalan ulangan ini juga mengenali kata kunci break dan continue. Kata kunci break
                 akan menyebabkan penamatan atau pemberhentian suatu ulangan. Penamatan atau pemberhentian
                 berlaku di mana-mana sahaja di dalam blok kod tersebut.
                   Kata kunci  continue pula akan terus melaksanakan dan menghabiskan ulangan blok kod
                 atau pernyataan dan memeriksa syarat sama ada syarat tersebut true. Jika true, ulangan akan
                 disambung dan diteruskan sekali lagi.

                  CONTOH       29


                 Contoh 29 menunjukkan penggunaan break, iaitu atur cara akan berhenti apabila pembilang bernilai 2 dan
                 menamatkan ulangan walaupun nilai tamat pembilang ialah 3. Atur cara JavaScript dan output ditunjukkan
                 dalam Jadual 3.1.23.
                                       Jadual 3.1.23  Contoh atur cara JavaScript dan output (break)

                                           Atur cara                                Contoh Output
                  <html>
                    <body>
                     <script>
                       var pembilang;
                       for(pembilang=1; pembilang<=3; pembilang++)
                       {
                        document.write("Salam Sejahtera!<br>"); 1
                        if (pembilang==2)
                         break;                   2
                       }
                     </script>
                    </body>
                  </html>
                 Penerangan:

                  1   Atur cara akan berterusan mencetak “Salam Sejahtera!” selagi pembilang kurang atau sama dengan 3.
                  2   Jika pembilang bersamaan dengan 2, blok kod ulangan akan dihentikan dan ditamatkan oleh pernyataan
                     break.

                  CONTOH       30

                 Contoh 30 menunjukkan penggunaan continue, iaitu atur cara akan diteruskan apabila pembilang bernilai
                 2 dan meneruskan ulangan. Atur cara JavaScript dan output ditunjukkan dalam Jadual 3.1.24.

                 190   Sains Komputer Tingkatan 5                                                                                                                                                                PB
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203