Page 191 - SK tingkatan 5
P. 191

Pernyataan if...else
                  Banyak syarat dalam pernyataan if boleh didapati dan boleh digabungkan bersama-sama dengan
                  else dan else...if. Jika syarat tidak ditepati (jika syarat adalah false), bahagian else
                  atau else...if akan dirujuk untuk mengenal pasti blok kod yang dilaksanakan. Jadual 3.1.16
                  ialah sintaks struktur kawalan if...else yang ditunjukkan oleh pseudokod dan carta alir.

                                           Jadual 3.1.16  Pseudokod dan carta alir (if...else)
                                   Pseudokod                                   Carta Alir

                    1  Mula
                                                                                Mula
                    2  Pernyataan 1
                    3  Jika Syarat BENAR                                    Pernyataan 1
                       3.1  Pernyataan 2
                      Sebaliknya                                  BENAR                    PALSU
                       3.2  Pernyataan 3                                   Syarat BENAR?
                    4  Tamat
                                                             Pernyataan 2                 Pernyataan 3


                                                                                Tamat



                   CONTOH        25

                  Contoh 25 menunjukkan penggunaan if...else dalam atur cara JavaScript, iaitu nombor pelajar yang
                  diterima akan diuji sama ada nombor pelajar bernilai 123 atau tidak. Mesej "Anda adalah pelajar Sekolah
                  Taman ABC" dipaparkan jika nombor pelajar ialah 123 dan mesej "Anda BUKAN pelajar Sekolah Taman ABC"
                  dipaparkan jika nombor pelajar bukan 123. Atur cara JavaScript dan output ditunjukkan pada Jadual 3.1.17.
                                        Jadual 3.1.17  Contoh atur cara JavaScript dan output (if...else)
                                        Atur cara                                Contoh Output

                    <html>                                                     (memenuhi syarat if)
                      <head>
                       <title>Struktur Kawalan Pilihan
                       </title>
                      </head>
                      <body>
                       <script>
                         var noPelajar;
                         noPelajar = prompt("No. Pelajar: "); 1
                         if (noPelajar == 123)  2
                          3
                          document.write("Anda adalah pelajar
                             Sekolah Taman ABC");
                         else
                          document.write("Anda BUKAN pelajar
                          4
                             Sekolah Taman ABC");
                       </script>
                      </body>
                    </html>

 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 183
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196