Page 201 - SK tingkatan 5
P. 201
Penerangan: Tahukah
1 Menetapkan syarat ulang = 1 sebagai nilai awal. Anda
2 Mesej “Salam Sejahtera!” akan dicetak.
3 Kemas kini syarat (ulang++). Syarat tamat bagi
4 Semak syarat sama ada ulang <= 3. Jika syarat dipenuhi, “Salam ulangan boleh juga
Sejahtera!” akan dicetak sekali lagi dan langkah 3 hingga 4 akan diulang bergantung kepada nilai
sehingga syarat tidak lagi dipenuhi. input pengguna dan
nilai kiraan semasa.
CONTOH 32
Contoh 32 menunjukkan syarat akan disemak dahulu sebelum “Salam Sejahtera!” dipaparkan. Jika syarat
dipenuhi, “Salam Sejahtera!” akan dipaparkan dan syarat akan disemak semula. Atur cara JavaScript dan
output ditunjukkan pada Jadual 3.1.28.
Jadual 3.1.28 Contoh atur cara JavaScript dan output (while)
Atur cara
<html>
<body>
<script>
var ulang=1; 1
while(ulang<=3) 2
{
document.write("Salam Sejahtera!<br>"); 3
ulang++; 4
}
</script>
</body>
</html>
Contoh Output
(syarat dipenuhi) (syarat tidak dipenuhi – nilai awal ulang = 4)
Penerangan:
1 Menetapkan syarat ulang=1 sebagai nilai awal.
2 Syarat ulang<=3 disemak dahulu.
3 Jika syarat dipenuhi, cetak “Salam Sejahtera!”. Jika syarat tidak dipenuhi, iaitu menetapkan nilai ulang
= 4 sebagai nilai awal, “Salam Sejahtera!” tidak akan dipaparkan.
4 Kemas kini nilai syarat (ulang++). Semak semula syarat sebelum “Salam Sejahtera!” dicetak semula.
PB BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 193

