Page 202 - SK tingkatan 5
P. 202
AKTIVITI 9 Kerja Individu
Struktur Kawalan dalam Bahasa Penskripan Klien
Objektif: Menggunakan struktur kawalan (jujukan, pilihan, ulangan)
Tahukah dalam atur cara.
Anda
Tulis dan hasilkan satu dokumen HTML yang mempunyai JavaScript bagi
satu ulangan yang dapat menerima dan membuat ulangan daripada 1
break dan continue sehingga 10. Setiap ulangan akan memeriksa sama ada nombor yang
juga boleh terdapat dirujuk adalah nombor genap atau ganjil dan paparkan satu mesej seperti
dalam ulangan ini.
Pernyataan yang ditunjukkan dalam contoh output di bawah.
continue akan Contoh Output:
melaksanakan
pernyataan 1 ialah nombor ganjil
penambahan sebelum 2 ialah nombor genap
syarat diperiksa. 3 ialah nombor ganjil
4 ialah nombor genap
5 ialah nombor ganjil
6 ialah nombor genap
7 ialah nombor ganjil
8 ialah nombor genap
9 ialah nombor ganjil
10 ialah nombor genap
3.1.5 Kelebihan Standard Library
Pengenalan Standard Library
Standard library dalam pengaturcaraan merupakan koleksi kaedah atau fungsi yang disediakan dan
diguna pakai sewaktu implementasi dalam kod atur cara. Standard library perlu ditakrifkan dalam
spesifikasi bahasa pengaturcaraan.
Standard library juga merupakan sebahagian daripada arahan dalam atur cara, termasuklah definisi
bagi algoritma yang biasa digunakan, struktur data, dan mekanisme bagi input dan output.
Antara standard library yang terdapat dalam JavaScript:
• math.js bagi fungsi-fungsi matematik seperti math.sqrt()dan math.pow()
• date.js bagi fungsi-fungsi tarikh seperti date.now() dan date.format()
Antara kelebihan Standard Library :
1 Digunakan tanpa mengetahui cara pelaksanaannya. Contoh pada Jadual 3.1.29 panggil math.
pow() daripada standard library math.js tanpa perlu mengetahui bagaimana operasi kiraan
kuasa (power ) dilaksanakan.
194 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

