Page 208 - SK tingkatan 5
P. 208
3.1.7 Penggunaan Procedure dan Function untuk
Meringkaskan Atur Cara dalam Bahasa
Penskripan Klien
Satu atur cara JavaScript mempunyai banyak barisan arahan yang dihimpunkan dalam satu blok kod
yang dikenali sebagai modul seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.1.44(a).
Barisan arahan tersebut boleh dipecahkan mengikut tugas masing-masing dan dihimpunkan dalam
modul yang berasingan yang dipanggil subatur cara seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1.44(b).
Subatur cara main() akan memanggil modul untuk dilaksanakan.
(Subatur cara
Modul 1 fungsi)
<script> <script>
Modul utama Modul 2 (Subatur cara
Satu modul Satu modul prosedur)
Satu modul
(Subatur cara)
</script> </script> Modul 3 (Subatur cara
prosedur)
Rajah 3.1.44(a) Modul
Rajah 3.1.44(b) Modul utama yang dipecahkan
Terdapat dua jenis subatur cara, iaitu:
• Prosedur (procedure)
• Fungsi (function)
Perbezaan antara Prosedur (procedure) dengan Fungsi
(function) dalam Atur Cara Bahasa Penskripan Klien
Dalam konteks atur cara, prosedur (procedure) tidak memulangkan nilai manakala fungsi (function)
akan memulangkan nilai. Perbandingan dirumuskan seperti dalam Jadual 3.1.35.
Jadual 3.1.35 Perbandingan prosedur dan fungsi
Aspek Prosedur Fungsi
perbandingan
Memulangkan Tidak memulangkan nilai Memulangkan nilai
nilai
Contoh definisi function toCelcius (fahrenheit) function toCelcius (fahrenheit)
{ {
var celcius; var celcius;
celcius = (5/9)* fahrenheit - 32; celcius = (5/9)* fahrenheit - 32);
document.write return celcius;
(“Suhu adalah” + celcius +” }
darjah Celcius);
}
Contoh
panggilan toCelcius (fahrenheit); celcius = toCelcius (fahrenheit);
200 Sains Komputer Tingkatan 5 PB

