Page 211 - SK tingkatan 5
P. 211
Atur cara
Fungsi dipanggil Parameter rasmi
function toCelsius (fahrenheit) {
return (5/9) * (fahrenheit - 32); 3
} Menerima nilai fahrenheit
</script>
</body>
</html>
Contoh output
Penerangan:
1 Menerima nilai suhu fahrenheit, iaitu, 77.
2 Mencetak suhu dalam nilai celcius dengan memanggil fungsi toCelcius(fahrenheit) kemudian
menghantar nilai fahrenheit=77 kepada fungsi yang dipanggil.
3 Fungsi yang dipanggil akan menerima nilai fahrenheit dan menjalankan operasi aritmetik
(5/9)*(fahrenheit-32) untuk menukarnya kepada celcius.
Memulangkan nilai
Fungsi (function) akan mengembalikan kawalan kepada pemanggil. Sesetengah fungsi (function)
bukan sahaja mengembalikan kawalan tetapi juga mengembalikan nilai. Dalam contoh atur cara pada
Jadual 3.1.38, atur cara akan mengembalikan nilai kepada fungsi (function) pemanggil. Jadual 3.1.38
menunjukkan contoh atur cara JavaScript dan output dalam memulangkan nilai daripada subatur cara
yang dipanggil kepada yang memanggil.
CONTOH 38
Contoh 38 menunjukkan hasil nilai kiraan (5/9)*(fahrenheit-32) akan dipulangkan kepada
toCelcius() iaitu fungsi yang memanggil dan seterusnya memaparkan nilai tersebut. Atur cara JavaScript
dan output ditunjukkan dalam Jadual 3.1.38.
PB BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 203

