Page 281 - SK tingkatan 5
P. 281

LATIhAN PeNgUKUhAN                             3.2



                      1  Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa penskripan pelayan?
                      2  Senaraikan dua aplikasi yang menggunakan bahasa penskripan pelayan.
                      3  Mengapakah bahasa penskripan pelayan diperlukan dalam pembangunan web?
                      4  Berikan dua operasi asas terhadap fail teks yang biasa digunakan laman web PHP.
                      5  Jelaskan maksud bagi setiap tag di bawah:


                             <form action = "Ucapan.php" method = "POST"> a

                                Nama : <input type = "text" name = "txtNama"> b

                                Umur : <input type = "text" name = "txtUmur"> c

                                <input type = "Submit" value = "Hantar">  d
                             </form>
                      6  Dalam PHP, kita boleh mencapai data daripada borang (form) dengan menggunakan
                        kendalian $_GET atau $_POST. Apakah perbezaan antara GET dengan POST?
                      7  Dalam satu laman web, terdapat satu borang (form) untuk pengguna memasukkan data.
                        Pada pendapat anda, bolehkah terdapat lebih daripada satu borang dalam satu laman web?
                      8  Apakah kegunaan fungsi explode dalam PHP?
                      9  Yang berikut ialah contoh arahan MySQL. Apakah nilai dalam Jadual ‘TEST’ apabila arahan
                        tersebut dilaksanakan?

                       INSERT INTO TEST (a,b,c) VALUES (1,2,3);
                                    A                          B                         C



                     10  Apakah output yang akan dipaparkan pada pelayar (browser) sekiranya pengguna
                        memasukkan nilai 17 dan klik butang ‘Hantar’ berdasarkan kandungan fail PHP yang berikut:
                        Nama fail : borang.php
                               <html>
                                   <body>
                                     <form action = "berjaya.php" method = "post">
                                    Age: <input type = "text" name = "umur" />
                                     <input type = "submit" value = "Hantar" />
                                     </form >
                                   </body>
                                </html>

                        Nama fail: berjaya.php
                               <html>
                                  <body>
                                     Saya berumur <?php print $_POST['umur']; ?> tahun.
                                  </body>
                               </html>



 PB                                                                BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 273
   276   277   278   279   280   281   282   283   284   285   286