Page 350 - SK tingkatan 5
P. 350
3.3.6 Penggunaan Bahasa Penskripan Pelayan untuk
Membina Laman Web yang Boleh Mencapai dan
Mengemas kini Data dalam Pangkalan Data
Laman web yang interaktif bermaksud suatu laman web yang mempunyai kandungan yang dinamik
dan sesuai atas sesuatu carian atau permintaan daripada pengguna. Kandungan laman web tersebut
boleh diubah daripada laman web tertentu atau hasil daripada pemprosesan komputer pelayan yang
dipaparkan berbeza mengikut permintaan dari pengguna. Antara ciri laman web yang interaktif ialah:
(i) menggunakan bahasa pengaturcaraan web seperti PHP, ASP dan lain-lain.
(ii) mempunyai capaian kepada pangkalan data.
(iii) kandungan laman web berubah mengikut permintaan pengguna.
(iv) kandungan laman web sering dikemaskinikan.
Contoh laman web yang interaktif adalah seperti laman web yang memaparkan maklumat biodata
murid. Maklumat murid terlebih dahulu telah disimpan dalam komputer pelayan. Apabila kita ingin
memaparkan maklumat murid tertentu, kita hanya perlu memasukkan maklumat carian seperti nombor
murid dan seterusnya laman web akan memaparkan maklumat biodata murid tersebut berdasarkan
kepada nombor murid yang telah dimasukkan. Rajah 3.3.79 menunjukkan elemen-elemen penting
yang terdapat dalam laman web interaktif.
Objek borang
(form) dalam
laman web
Sambungan
Kemudahan kepada komputer
mengemas kini data pelayan (web
yang diperoleh dan server)
simpan semula
ke dalam pangkalan
data Elemen-elemen
dalam laman
web interaktif
Carian maklumat
berdasarkan
Paparan permintaan daripada
maklumat yang pengguna
diperoleh atas
permintaan daripada
pengguna
Rajah 3.3.79 Elemen-elemen penting dalam laman web interaktif
342 Sains Komputer Tingkatan 5

