Page 346 - SK tingkatan 5
P. 346

Membina Laman Web Pengguna yang Interaktif yang
                 mengandungi Fitur Kotak Popup
                 JavaScript mempunyai tiga jenis kotak popup, iaitu kotak Alert, kotak Confirm dan kotak Prompt.

                 •  Kotak Alert
                   Kotak Alert ini akan dipaparkan dan digunakan jika ingin mendapatkan kepastian maklumat yang
                   datang daripada pengguna atau memberikan maklum balas kepada pengguna. Sintaks bagi
                   menghasilkan kotak Alert ialah window.alert(" ").


                  CONTOH       33


                 Contoh 33 menunjukkan atur cara perlu menerima nama pengguna dan mengingatkan pengguna untuk
                 memasukkan nama dengan memaparkan mesej pada kotak Alert. Atur cara HTML, JavaScript dan output
                 ditunjukkan dalam Rajah 3.3.76.

                  <html>
                    <body>
                      Nama:
                      <input type="text" >  1

                      <script>
                           alertMasuk();  2
                           function alertMasuk()
                           {
                             window.alert("Anda perlu memasukkan nama anda.");  3
                           }
                      </script>
                    </body>
                  </html>

                 Output:












                                       Rajah 3.3.76  Contoh HTML, JavaScript dan Output (Kotak Alert)
                 Penerangan:
                  1   Satu medan teks disediakan supaya pengguna boleh memasukkan nama.
                  2    Kotak  popup  alert  terus  dipaparkan  sebaik  sahaja  laman  web  dibuka  kerana  subaturcara
                     alertMasuk() dipanggil.
                  3    Mesej  "Anda  perlu  memasukkan  nama  anda.”  dipaparkan  untuk  mengingatkan  pengguna  supaya
                     memasukkan nama.



                 338   Sains Komputer Tingkatan 5
   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351