Page 347 - SK tingkatan 5
P. 347
• Kotak Confirm
Kotak Confirm ini akan digunakan jika pengguna ingin mengesahkan sesuatu maklumat. Sintaks
bagi menghasilkan kotak Confirm ialah window.confirm(" ").
CONTOH 34
Contoh 34 menunjukkan atur cara yang menerima nama pengguna dan mengesahkan nama yang
ingin dihantar dengan menggunakan kotak Confirm. Atur cara HTML, JavaScript dan output ditunjukkan
dalam Rajah 3.3.77.
<html>
<body>
Nama:
<input type="text" > 1
<button onclick="pastiHantar()">Hantar</button> 2
<script>
function pastiHantar() 3
{
if (window.confirm("Anda pasti?") == true) 4
{
document.write("Maklumat telah dihantar."); 5
}
}
</script>
</body>
</html>
Output:
Pengguna input nama dan klik butang “Hantar ”
Kotak Confirm dengan teks “Anda pasti?” di paparkan untuk pengesahan
Setelah butang “OK” diklik, mesej “Maklumat telah dihantar” dipaparkan. Jika butang “Cancel”
diklik, tiada mesej dipaparkan dan paparan sebelum dikekalkan.
Rajah 3.3.77 Contoh HTML, JavaScript dan Output (Kotak Confirm)
BAB 3 Pengaturcaraan Berasaskan Web 339

