Page 351 - SK tingkatan 5
P. 351

Data yang disimpan dalam pangkalan data dengan menggunakan  MySQL boleh dicapai dan
                  dikemas kini melalui laman web. Untuk tujuan tersebut, sambungan kepada pangkalan data perlu
                  dilakukan terlebih dahulu sebelum data dapat dicapai dan dikemaskinikan.


                  Membina Laman Web yang dapat Mencapai Data dalam
                  Pangkalan Data

                  Bagi membina laman web yang dapat mencapai data dalam pangkalan data, kita memerlukan jadual
                  (table) dalam pangkalan data tersebut. Data daripada jadual akan dicapai dengan menggunakan
                  arahan kendalian ke atas jadual. Arahan kendalian SELECT akan digunakan. Yang berikut ialah format
                  arahan kendalian terhadap jadual. SELECT lajur FROM jadual. Katakan kita mempunyai satu jadual
                  yang dinamakan MUriD dan mempunyai tiga lajur. Lajur ini akan dinamakan NAMA, KELAS dan
                  NEGEriLAHir. Rajah 3.3.80 menunjukkan jadual yang bernama Murid.
































                                             Rajah 3.3.80  Contoh jadual yang bernama Murid

                     Arahan ‘SELECT NAMA, KELAS, NEGERILAHIR FROM MuRId’ boleh digunakan. Sekiranya terdapat
                  banyak lajur di dalam jadual, kita juga boleh menggunakan arahan seperti ‘SELECT * FROM MuRId’.
                  Penggunaan simbol ‘*’ merujuk pemilihan semua lajur yang terdapat dalam jadual tersebut. Rajah
                  3.3.81(a) menunjukkan laman web yang akan mencapai data dalam pangkalan data.
                     Rajah 3.3.81(a) menunjukkan atur cara bagi laman web Cari.php yang membenarkan kita
                  memasukkan maklumat seperti no murid untuk tujuan pencarian data dalam pangkalan data manakala
                  paparan outputnya seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3.3.81(b). Selepas no murid dimasukkan
                  dan butang ‘Cari’ di klik maklumat pelajar seperti nama, kelas dan negeri kelahiran, atur cara bagi
                  laman web Papar.php akan dilaksanakan. Atur cara bagi laman web Papar.php ini adalah seperti yang
                  ditunjukkan pada Rajah 3.3.82(a) manakala paparan outputnya seperti yang ditunjukkan pada Rajah
                  3.3.82(b).

                                                                   BAB 3  Pengaturcaraan Berasaskan Web 343
   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355   356