Page 41 - SK tingkatan 5
P. 41
Jadual 1.2.3 Perbezaan antara pemprosesan linear dan pemprosesan semasa
Pemprosesan linear Pemprosesan semasa
• Pemproses linear kurang efektif dalam pemprosesan data • Lebih efektif bagi pelaksanaan arahan yang panjang dan
dan arahan yang panjang dan kompleks. kompleks.
• Pemproses linear hanya boleh melakukan satu tugas • Lebih efektif kerana arahan-arahan dibahagikan kepada
pada satu masa, pemproses ini lebih perlahan. beberapa bahagian dan dilaksanakan secara berasingan.
Dengan itu, pemproses boleh melakukan pelbagai tugas
dengan cepat pada satu masa.
AKTIVITI 3 Kerja Kumpulan
Teknik Talian Paip
Anda dan rakan anda diberi tugasan untuk menggunakan pemprosesan semasa bagi
menyelesaikan masalah yang berikut.
Suren, Amar dan Kok Shoon telah membuka sebuah kedai dobi. Setiap hari, mereka akan mengasingkan
pakaian yang diterima kepada enam guni. Pakaian di dalam setiap guni perlu dicuci, dikeringkan dan
dilipat. Setiap cucian memerlukan masa selama 20 minit, pengeringan selama 30 minit dan lipatan
selama 40 minit. Mereka sering kali melakukan tugasan ini bermula dari pukul 4 petang sehingga
pukul 10 malam. Bagaimanakah Suren, Amar dan Kok Shoon dapat menjimatkan masa mereka untuk
melakukan semua tugasan tersebut? Pada pukul berapakah semua tugasan akan diselesaikan oleh
mereka sekiranya alternatif yang lebih bijak digunakan?
1.2.4 Penterjemah Bahasa Pengaturcaraan
Komputer akan melaksanakan tugas dengan mengikut arahan atau set kumpulan arahan yang ditulis
oleh pengatur cara dengan menggunakan pelbagai jenis bahasa pengaturcaraan. Komputer hanya
memahami bahasa dalam bentuk kod mesin (digit perduaan 0,1). Rajah 1.2.9 menunjukkan atur cara
yang ditulis dalam bentuk bahasa pengaturcaraan yang perlu diterjemahkan kepada bentuk bahasa
mesin sebelum difahami oleh komputer.
Berkomunikasi
Bahasa pengaturcaraan
If (syarat)
Printf (....)
Else
Menggunakan bahasa Printf (....)
mesin 101010101 Memerlukan penterjemah Sum no1 + no2
Rajah 1.2.9 Komunikasi antara manusia dengan komputer
PB BAB 1 Pengkomputeran 33

