Page 38 - SK tingkatan 5
P. 38

Sistem Jam (clock system)
                                         Jam merupakan satu peranti cip dalam pemproses yang menjana
                                         denyutan elektronik pada kadar yang tetap bagi menyeragamkan semua
                                         operasi komputer. Unit yang digunakan bagi menghitung kadar kelajuan
                                         jam dalam pemproses (clock speed measurement) ialah hertz. Satu hertz
                                         ialah satu denyutan/kitaran per saat.
                                           Jika jam mempunyai kadar 160 MHz, maka ini menunjukkan jam
                                         mempunyai frekuensi 160,000,000 denyutan/kitaran sesaat. Pemproses
                                         akan menggunakan denyutan ini semasa melaksanakan arahan dalam
                                         kitaran mesin. Oleh sebab itu, jika CPU mempunyai kelajuan jam 160 MHz,
                                         maka pemproses boleh memproses 160,000,000 kitaran mesin sesaat.
                 System bus              Satu arahan memerlukan satu kitaran mesin untuk dilaksanakan. Hal ini
                 goo.gl/vg5Z2m           bermakna, komputer boleh melaksanakan 160 juta arahan dalam satu
                                         saat. Dengan itu, lebih tinggi kelajuan hertz, lebih laju komputer tersebut.
                                         Contoh kelajuan CPU adalah seperti yang berikut:


                                          • Intel Core i7 995X 3.6GHz   • Intel Core Duo 2.0GHz  • Intel Core i5 430M 2.27GHz


                                          CONTOH        1

                                         Contoh 1 menunjukkan cara menghitung kelajuan pemproses dalam kiraan
                                         kitaran sesaat. Jika diberi 1.3 GHz, berapakah kitaran sesaat?
                                         Penyelesaian:
                                         1 MHz ➞ 1,000,000 kitaran sesaat
                                         1 GHz = 1,000 MHz
                                         1 GHz = 1,000,000,000 kitaran sesaat
                                         1.3 GHz = 1,300,000,000 kitaran sesaat
                          inovasi sains
                          KoMpUter                                 Kerja Kumpulan

                 The Wharton               AKTIVITI 2             Konsep Asas Seni Bina Komputer
                 School of Business
                 telah menjalankan        1  Guru memberikan arahan kepada murid-murid untuk membawa barangan
                 kaji selidik untuk          terpakai ke kelas. Contohnya, kertas, botol plastik dan tin minuman.
                 menentukan 30 inovasi
                 komputer dalam
                 tempoh 30 tahun.
                 Imbas QR code yang
                 berikut untuk melihat
                 inovasi tersebut.
                                          2  Bentuk kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang ahli.
                                          3  Kemudian, bina sistem komputer Von Neuman yang telah anda pelajari
                                             dengan menggunakan barang-barang terpakai tersebut.
                                          4  Selepas siap dibina, persembahkan dan bentangkan binaan anda serta
                                             sejarah seni bina komputer Von Neuman di dalam kelas.
                                          5  Guru perlu memberikan markah kepada setiap kumpulan. Penilaian
                    goo.gl/Cxzwp0            guru berasaskan aspek pembinaan sistem komputer yang paling kreatif,
                                             menarik dan pembentangan yang lancar.

                  30   Sains Komputer Tingkatan 5                                                                                                                                                                PB
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43