Page 37 - SK tingkatan 5
P. 37

(a)  Unit Aritmetik dan Logik (ALU)                                Tahukah
                      Melakukan operasi-operasi aritmetik seperti (tambah, tolak, bahagi,
                      darab, nilai negatif dan sebagainya) dan operasi-operasi logik seperti   Anda
                      (DAN, ATAU, TAK, XATAU dan sebagainya). ALU menerima input dari
                      daftar-daftar dalam CPU dan menghasilkan maklumat untuk dihantar   Daftar MAR dan
                      ke daftar sebelum disimpan dalam ingatan.                       daftar MDR adalah
                                                                                      penting untuk
                                                                                      komunikasi antara
                   (b)  Daftar                                                        memori dengan unit
                      Komponen yang digunakan bagi menyimpan data dan arahan yang     pemproses. Rajah yang
                      dicapai dari ingatan utama sebelum dihantar ke ALU untuk diproses   berikut menunjukkan
                      dan menyimpan hasil pemprosesan sementara sebelum dihantar ke   hubungan antara
                                                                                      daftar MAR dengan
                      ingatan utama dan dipamerkan melalui peranti output.            daftar MDR untuk
                      Contoh jenis daftar yang terlibat dan fungsinya dalam kitar mesin   menerangkan
                      pemprosesan data.                                               komunikasi antara
                                                                                      memori dengan unit
                      (i)  PC (Program Counter/Pembilang atur cara)                   pemproses.
                          Digunakan bagi memegang alamat ingatan utama pada peringkat       Memori
                          awal proses kitaran mesin selepas menerima arahan dari CPU.
                          PC  akan  menyalin  alamat  tadi  ke daftar MAR,  nilai  PC akan
                          bertambah. Daftar ini akan sentiasa menunjuk atau memegang      MAR    MDR
                          alamat bagi arahan seterusnya yang akan dicapai.
                                                                                   Isyarat  Aliran data
                      (ii)  ACC (Accumulator/Daftar Pengumpuk)
                          Digunakan untuk menyimpan data yang menjadi input dan output
                          semasa operasi ALU.                                            Unit Pemproses
                      (iii)  MAR (Memory Address Register/Daftar Alamat Ingatan)          ALU    ACC
                          Daftar ini memegang alamat lokasi maklumat di dalam ingatan
                          utama.  Apabila pemproses ingin mencapai data dari ingatan,
                          pemproses akan memberikan isyarat alamat lokasi ingatan yang      Isyarat
                          diperlukan dari PC dan disalin ke dalam MAR.
                                                                                          Unit Kawalan
                      (iv)  MDR (Memory Data Register/Daftar Data Ingatan)
                          Memegang data dan arahan yang dibaca dari ingatan atau yang
                          akan ditulis ke ingatan. Kandungan arahan dalam MDR akan
                          dihantar ke IR, dan kandungan data akan dihantar ke ACC.
                      (v)  IR (Instruction Register/Daftar Arahan)
                          Mengandungi arahan terkini yang akan dilaksanakan. Unit
                          kawalan akan menyahkodkan arahan ini bagi menentukan jenis
                          operasi yang perlu dilaksanakan oleh ALU.
                   (c)  Unit Kawalan
                      Unit kawalan menerima dan menjana isyarat-isyarat bagi mengawal
                      operasi keseluruhan sistem komputer. Input utamanya ialah denyutan
                      isyarat dari sistem jam. Unit kawalan mengandungi penyahkod arahan
                      dan logik pemasaan serta kawalan.





 PB                                                                             BAB 1  Pengkomputeran 29
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42