Page 4 - BULETIN NAINS EDISI KHAS 2022/2023
P. 4

Buletin Nains



                     KATA  ALU-ALUAN


                        SIDANG REDAKSI










          Assalamu alaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


          Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi BULETIN NAINS edisi KHAS. Terima
          kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buletin
          khas ini.


          Daerah  Seremban  sudah  lama  dianggap  sebagai  penanda  aras  pencapaian  akademik,
          kokurikulum, sukan dan pengurusan organisasi sekolah yang tinggi . Banyak sekali sekolah
          bertaraf premier, kluster kecemerlangan dan berprestasi tinggi terletak di sini. Namun,
          kita  juga  sedar  bahawa  masih  terdapat  golongan  murid  kurang  beruntung  dan  bermasalah
          dalam pembelajaran yang perlukan perhatian secara khusus.


          Perubahan  dan  penambahbaikan  dalam  dasar  pendidikan  negara  menuntut  warga  pendidikan
          berfikir di luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya
          saing  dan  dihormati.  Saya  mengucapkan  tahniah  kerana  warga  sekolah  dan  ibu  bapa  yang
          berjaya  memanfaatkan  pelbagai  aplikasi  atas  talian  bagi  melicinkan  pengurusan  sekolah
          dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap. Mudah-mudahan sumbangan
          ikhlas  tuan  puan  bakal  memacu  pendidikan  di  SMK  Dato'  Shamsudin  Nain  ke  persada
          kecemerlangan yang dihajati.


          Buletin  ini  ialah  sebuah  naskhah  digital  yang  memaparkan  kegiatan  pendidikan  dan
          pencapaian  pembelajaran  yang  terkini.  Bagi  warga  sekolah,  butiran  dan  gambar  yang
          dimuatkan  dalam  buletin  khas  ini  dapat  mendokumentasikan  serba  sedikit  aktiviti  dan
          pencapaian sekolah untuk tatapan warga sekolah khususnya.


          Sekali lagi saya mengucapkan tahniah  sidang redaksi BULETIN NAINS edisi KHAS. Kepada
          para pembaca, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.


          Sekian, terima kasih.


          Sidang redaksi
          BULETIN NAINS EDISI KHAS









                                                                                                           4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9