Page 6 - BULETIN NAINS EDISI KHAS 2022/2023
P. 6
Buletin Nains
KATA ALU-ALUAN YDP
PIBG SMKDSN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setinggi penghargaan kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan penerbitan BULETIN
NAINS EDISI KHAS pada kali ini.
Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang
Redaksi kerana berjaya meneruskan kesinambungan
tradisi merakam peristiwa pahit manis, suka duka
yang mewarnai pengalaman sepanjang berada di SMK
Dato' Shamsudin Nain menerusi makalah digital
ini.
Tentunya semangat juang dan dedikasi warga sekolah dengan
kerjasama PIBG mampu melahirkan insan seimbang yang mampu menyumbang
untuk diri, keluarga, masyarakat serta negara di masa hadapan.
Justeru, saya menyeru kepada semua pelajar untuk sentiasa berusaha
memperbaiki pencapaian dalam apa jua bidang yang diceburi.
Akhir kata, saya mendoakan SMK Dato' Shamsudin Nain sentiasa
beroleh kejayaan untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan hebat.
Sekian, terima kasih
Sekian, terima kasih.
ENCIK HAMDAN BIN MD. NOR
YDP PIBG
SMK DATO' SHAMSUDIN NAIN
6

