Page 7 - BULETIN NAINS EDISI KHAS 2022/2023
P. 7

Buletin Nains

                    KATA  ALU-ALUAN



                   KETUA PENGAWAS


                                SEKOLAH










            Salam sejahtera warga SMK Dato' Shamsudin Nain.


                 Saya amat menghargai peluang yang diberikan

            oleh      pihak      sekolah       kepada       saya      untuk
            menyampaikan  sepatah  dua  kata  yang  akan
            dimuatkan dalam buletin ini.
                  Sebagai warga SMK Dato’ Shamsudin Nain, kita seharusnya berbangga
          dan bersyukur dengan kemudahan dan bimbingan yang diberikan di sekolah kita
          ini. Kini, akademik dan aktiviti kokurikulum merupakan elemen yang penting

          dalam  kejayaan  seseorang  pelajar.  Tanpa  sebarang  keraguan,  dengan  yakin
          saya  boleh  mengatakan  bahawa  guru-guru  sekolah  kita  sentiasa  berusaha
          sedaya upaya untuk mewujudkan masa depan yang cerah bagi setiap pelajar.

          Pengorbanan dan jasa ini amat perlu dihargai oleh pelajar-pelajar SMKDSN.
                    Kita  juga  perlu  sedar  akan  tanggungjawab  kita  untuk  sentiasa
          berpegangan  kepada  falsafah  sekolah,  iaitu  ‘Disiplin  Pertama,  Akademik
          Utama’.  Pelajar  perlulah  memahami  bahawa  usaha  yang  dilakukan  untuk
          mencapai  kecemerlangan  akademik  serta  kokurikulum  secara  tidak  langsung

          meningkatkan  prestasi  sekolah  kita.  Mengharumkan  nama  sekolah  di  persada
          negara bukan sahaja tanggungjawab guru-guru malahan tugas kesemua pelajar
          yang mengaku dirinya sebagai warga SMKDSN. Ini merupakan cara terbaik untuk
          mengenang  jasa  sekolah  dan  guru-guru  kita  atas  segala  usaha  yang  mereka

          telah lakukan untuk kejayaan kita.
                    Secara  tuntas,  nama  baik  sekolah  dapat  dipertingkatkan  dengan
          kerjasama  bagai  aur  dengan  tebing  oleh  semua  pihak.  Pelajar-pelajar  SMK
          Dato’ Shamsudin Nain perlu sentiasa mengutamakan disiplin diri dan berusaha

          demi mencapai cita-cita serta masa depan yang cerah.


          Sekian, terima kasih
          THAVAANESAN PILLAI KESAWAN

          KETUA PENGAWAS
          SMK DATO' SHAMSUDIN NAIN

                                                                                                           7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12